Utusan Borneo (Sarawak)

Bumbung dua rumah di Taman Bukit Orang tercabut akibat angin kencang

-

BINTULU: Angin kencang yang membadai kuat mengakibat­kan bumbung dua rumah teres dua tingkat di Taman Bukit Orang tercabut, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian petang kelmarin.

Dua rumah itu antara beberapa rumah yang terjejas akibat angin kencang dalam kejadian berlaku petang sama.

Rumah pangsapuri yang turut ditimpa kejadian sama ialah di Iris Garden Apartment Jalan Sultan Iskandar di sini termasuk beberapa kanopi di premis niaga turut diterbangk­an angin.

Tidak hanya angin kencang, dengan keadaan cuaca buruk yang disusuli hujan lebat telah mengakibat­kan banjir kilat di beberapa batang jalan raya, beberapa kawasan dan penempatan di Bintulu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, dua rumah di Taman Bukit Orang yang dibadai angin kencang itu adalah milik Marcus Law Peng Khoon, 47, didiami tiga orang dewasa dan tiga kanakkanak terjejas 40 peratus.

“Manakala sebuah rumah lagi milik Hamdan Anis, 60, didiami enam penghuni terjejas 100 peratus akibat angin lintang,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 2.55 petang dan bergerak ke lokasi kejadian yang jaraknya lima kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba membuat pemantauan dan menjalanka­n tindakan dengan mengambil maklumat mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya.

Beliau berkata, setelah keadaan didapati selamat tiada kemalangan jiwa dilaporkan, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang bersama pasukannya dan Pegawai Daerah Bintulu Mohammad Dino Amid turut bergegas ke lokasi kejadian di Blok 2 Iris Garden Apartment, Jalan Sultan Iskandar di sini petang kelmarin.

Pang berkata, dari kejadian banjir kilat sebelum ini sehinggala­h angin kencang hari ini, beliau melihat betapa seriusnya kejadian bencana alam yang berlaku.

Justeru, beliau berharap agensi penyelamat dan jabatan kerajaan berkaitan dapat memberi perhatian yang teliti terhadap keadaan di Bintulu dan perlu mengerahka­n tenaga kerja tambahan untuk membantu penduduk yang terjejas.

“Pelbagai agensi digesa untuk bersiap sedia untuk memberi bantuan dan menangani bencana yang tidak dijangka ini,” katanya.

Beliau yang melawat mangsa angin kencang tersebut dimaklumka­n 24 keluarga telah dihantar ke pusat pemindahan, namun turut berharap agensi berkaitan dapat membantu mangsa-mangsa lain untuk berpindah di pusat pemindahan sementara (PPS) di sini.

 ?? ?? TURUN PADANG: Pang (tengah) memperkata­kan sesuatu kepada Dino mengenai keadaan bumbung rumah di Iris Garden Apartment.
TURUN PADANG: Pang (tengah) memperkata­kan sesuatu kepada Dino mengenai keadaan bumbung rumah di Iris Garden Apartment.
 ?? ?? ROSAK: Anggota bomba meninjau keadaan bumbung dibadai angin kencang di sebuah rumah di Taman Bukit Orang.
ROSAK: Anggota bomba meninjau keadaan bumbung dibadai angin kencang di sebuah rumah di Taman Bukit Orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia