Utusan Borneo (Sarawak)

KKM sedang menilai keperluan naik taraf Klinik Kesihatan Skim Skrang

-

SKRANG: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menilai keperluan menaik taraf Klinik Kesihatan Skim Skrang di Sri Aman.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, usaha tersebut dibuat susulan lokasi klinik berkenaan berada di tepi laluan Lebuh Raya Pan Borneo.

Menurutnya, klinik berkenaan telah menerima peruntukan sebanyak RM200,000 pada tahun lepas menerusi Program Klinik Daif di bawah inisiatif Bitara MADANI dan beberapa kerja penambahba­ikan juga telah dilaksanak­an.

“Kita juga telah menerima kuarters gantian yang telah dibina berdasarka­n penggantia­n untuk projek Pan Borneo.

“Bagaimanap­un, terdapat beberapa perkara perlu kita selesaikan berkenaan isu keselamata­n cerun di kuarters tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan bergerak ke fasiliti kesihatan Sarawak di Klinik Kesihatan Skim Skrang, Sri Aman kelmarin.

Lukanisman yang juga Ahli Parlimen Sibuti menjelaska­n, keadaan kuarters gantian tersebut secara fizikal dan dari sudut mata kasar adalah sangat baik.

“Kuarters yang berada di Pan Borneo diganti dan ini akan memberikan satu imej yang lebih baik kepada masyarakat dan memberikan ruang kepada petugas kesihatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Skim Skrang menikmati kediaman yang lebih selesa,” jelasnya.

Tambahnya, klinik kesihatan itu juga menawarkan perkhidmat­an dalam kadar lawatan hampir 30 pesakit sehari dan peningkata­n untuk mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan dijangka bertambah dengan laluan Pan Borneo yang semakin sibuk, katanya.

 ?? — Gambar UKAS ?? BERSAMA WARGA KKM: Lukanisman (tengah) merakamkan kenangan bersama warga Klinik Kesihatan Skrang semasa lawatan ke klinik berkenaan kelmarin.
— Gambar UKAS BERSAMA WARGA KKM: Lukanisman (tengah) merakamkan kenangan bersama warga Klinik Kesihatan Skrang semasa lawatan ke klinik berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia