Utusan Borneo (Sarawak)

KK Selangau perlu rumah mayat dan kontena sejuk beku

KKM diharap beri pertimbang­an, permohonan kemudahan tersebut telah dikemuka semasa lawatan Lukanisman: Edwin

- Oleh Andy Sabang

“Jika ada kemudahan itu, mayat boleh terus disimpan di dalam kontena sejuk beku di rumah mayat sementara menunggu waris menyediaka­n keperluan ” lain sebelum dibawa pulang.

SIBU: Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta berharap Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimb­angkan permohonan menyediaka­n rumah mayat dan kontena sejuk beku di Klinik Kesihatan Selangau.

Edwin berkata, permohonan itu sudah diajukan kepada Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni semasa lawatannya ke Klinik Kesihatan Selangau tempoh hari.

Menurutnya, komuniti Selangau sangat memerlukan kemudahan tersebut terutama ketika berlaku kematian secara mengejut.

“Jika ada kemudahan itu, mayat boleh terus disimpan di dalam kontena sejuk beku di rumah mayat sementara menunggu waris menyediaka­n keperluan lain sebelum dibawa pulang,” katanya semalam.

Edwin berkata, beliau juga akan mengemukak­an permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak supaya membina

Anjung Kasih di klinik berkenaan.

Jelasnya, kemudahan itu sangat penting bagi menyediaka­n penginapan sementara kepada waris pesakit yang kurang berkemampu­an.

“Anjung Kasih merupakan penginapan sementara untuk golongan memerlukan khususnya ahli keluarga pesakit yang tidak berkemampu­an, namun mempunyai keperluan untuk menjaga pesakit,” jelas beliau.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai penempatan pusat dialisis di Klinik Kesihatan Selangau yangdiumum­kanLukanis­man pada Isnin lalu.

Edwin berkata, lokasi bagi menempatka­n mesin di klinik kesihatan itu sudah siap sepenuhnya dan dijangka boleh digunakan sepenuhnya pada pertengaha­n tahun ini.

“Sebanyak 16 mesin dialisis telah dibekalkan oleh KKM di Klinik Kesihatan Selangau dan boleh menampung dua syif sehari,” jelasnya.

Semasa lawatan Lukanisman, Edwin turut memohon kepada KKM agar

Edwin Banta Ahli Parlimen Selangau

mewujudkan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan membekalka­n kemudahan X-Ray di Klinik Kesihatan Selangau.

Katanya, beliau turut membantu menyediaka­n tiga set komputer dan tiga kerusi panjang untuk kemudahan pesakit sementara menunggu giliran.

 ?? ?? EDWIN
EDWIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia