Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan kemenangan pada SUKSAR azimat capai kejayaan pada SUKMA

-

SIBU: Pemenang acara masing-masing dalam Sukan Sarawak (SUKSAR) Ke-3 yang baru berakhir di sini kelmarin diingatkan supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan itu.

Presiden Persatuan Judo Sarawak Dato Sri Lau Kueng Chai berkata, mereka sebaliknya perlu menggunaka­n kemenangan itu dengan memberi tumpuan dan merancang bagaimana untuk meningkatk­an lagi prestasi dalam kejohanan yang lebih besar seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

“Tidak kira anda dari sukan mana dan tidak ada perbezaan mengenainy­a. Kita semua berada dalam satu keluarga besar dan objektif utama kita adalah untuk memenangi pingat emas dalam SUKMA dan membawa kegemilang­an kepada Sarawak. Itu perkara yang kita patut fokus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Kesyukuran Atlet dan Pegawai Judo dan Taekwando SUKSAR yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Lau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Taekwando Negeri Sarawak (PTNS) turut menyuaraka­n saranan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim

Hamzah supaya Sarawak mengambil peluang sebagai tuan rumah untuk menjadi juara keseluruha­n SUKMA XXI pada Ogos kelak.

Sememangny­a, beliau berkata, penantian itu sudah lama sejak 30 tahun lalu dan Sarawak tidak seharusnya melepaskan peluang kali ini untuk merampas kejuaraan.

“Kali terakhir Sarawak menjadi juara SUKMA ialah pada 1994,” ujarnya.

Sementara itu, Lau juga mengingatk­an atlet-atlet taekwando untuk bekerja keras dan menyasarka­n lebih tinggi agar terus menjadi kuasa besar taekwando di

Sarawak.

“Atlet taekwando kami jarang mengecewak­an kami pada SUKMA lalu dan diharapkan mereka akan terus cemerlang pada temasya itu kelak,” tambahnya.

Sementara itu, bagi pencapaian SUKSAR Ke3 yang baru melabuhkan tirainya, kontinjen Zon Tengah berjaya mengumpul tujuh emas, dua perak dan empat gangsa untuk muncul kedua terbaik dalam acara taekwando, manakala judo mengumpul enam emas, lima perak dan satu gangsa untuk mengunggul­i acara berkenaan pada temasya kali ini

 ?? ?? DIRAIKAN: Lau (tengah) bersama pemenang pingat emas SUKSAR dalam acara judo dan taekwando dari kontinjen Zon Tengah di Sibu malam kelmarin.
DIRAIKAN: Lau (tengah) bersama pemenang pingat emas SUKSAR dalam acara judo dan taekwando dari kontinjen Zon Tengah di Sibu malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia