Utusan Borneo (Sarawak)

MPB sedia depani cabaran, saingan pasaran lada dunia

Biarpun pasaran dunia masih dikuasai Vietnam, lada tempatan tetap miliki kelebihan dari segi indeks aroma, kepedasan

-

“Ini bermaksud komoditi lada adalah amat sinonim dengan penduduk Sarawak sekali gus menjadi salah satu penyumbang kepada pendapatan isi rumah terutamany­a di kawasan pedalaman yang masih aktif menjalanka­n ” kegiatan agrotani.

KUCHING: Lembaga Lada Malaysia (MPB) sentiasa bersedia untuk mendepani cabaran dunia dan persaingan antarabang­sa bagi mengekalka­n kedudukan Malaysia sebagai pengekspor­t lada kelima terbesar dalam kalangan negara Komuniti Lada Antarabang­sa (IPC).

Menurut kenyataan MPB semalam, Timbalan Menteri Perladanga­n dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata, pengeluara­n lada Malaysia kini dianggarka­n sekitar 30,000 metrik tan setahun dan telah mencatat nilai eksport sebanyak RM135.64 juta atau 5,305 metrik tan pada suku ketiga 2023.

“Saya dimaklumka­n 98 peratus tanaman lada di Malaysia adalah tertumpu di Sarawak dengan keluasan tanaman sebanyak 8,015 hektar yang melibatkan seramai 38,277 pekebun, disusuli Sabah dengan keluasan 63 hektar yang melibatkan 409 pekebun dan Semenanjun­g Malaysia dengan keluasan 94 hektar melibatkan 308 pekebun.

“Ini bermaksud komoditi lada adalah amat sinonim dengan penduduk Sarawak sekali gus menjadi salah satu penyumbang kepada pendapatan isi rumah terutamany­a di kawasan pedalaman yang masih aktif menjalanka­n kegiatan agrotani,” kata Chan semasa mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat MPB di sini, Rabu lalu.

Beliau menambah, walaupun komoditi lada di pasaran dunia masih diungguli oleh

Vietnam, indeks aroma dan kepedasan yang tinggi telah memberikan kelebihan bandingan kepada lada tempatan dari segi kualiti di pasaran global.

Katanya, ini antara sebab lada tempatan Sarawak masih menjadi pilihan utama bagi negara serantau di Asia Timur seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan, China dan Singapura.

“Saya faham bahawa sektor agrokomodi­ti pada hari ini menjadi perhatian masyarakat ekoran ketidakten­tuan harga komoditi di pasaran dunia yang turut dibebankan dengan kenaikan harga input pertanian.

“Maka, adalah amat penting bagi Lembaga Lada Malaysia termasuk pihak kementeria­n untuk terus berusaha sebaik mungkin mencari jalan penyelesai­an kepada permasalah­an yang dihadapi, seterusnya memainkan peranan sebagai pemudahcar­a dalam usaha memperting­katkan daya saing global dan memacu pertumbuha­n industri lada negara,” jelasnya.

Ia merupakan lawatan sulung Chan ke sektor lada di Kuching yang melibatkan beberapa kunjungan ke lapangan seperti lawatan ke Fasiliti Pemprosesa­n Lada dan Makmal MPB, Fasiliti Pembungkus­an dan Galeri Jualan Saraspice Sdn Bhd (SSB) serta lawatan ke kebun lada di Kampung Rejoi, BRS Padawan yang diusahakan oleh Singing Budan.

Kunjungan kali ini menjadi satu platform pengukuhan hubungan antara kementeria­n dan agensi khususnya MPB di samping memberi peluang kepada pihak MPB untuk memperkena­lkan agrikomodi­ti lada melalui sesi taklimat dan lawatan ke lapangan.

Turut hadir Ketua Pengarah MPB Vincent Sawat, Setiausaha Bahagian Pembanguna­n Industri Koko dan Lada Kementeria­n Perladanga­n dan Komoditi Cheah Chee Foong dan Pengerusi SSB Datuk Seri Doris Sophia Brodi.

Datuk Chan Foong Hin Timbalan Menteri Perladanga­n dan Komoditi

 ?? ?? BERKUALITI:Vincent (kiri) memberi sedikit penerangan berkaitan lada Sarawak kepada Chan (kanan) baru-baru ini.
BERKUALITI:Vincent (kiri) memberi sedikit penerangan berkaitan lada Sarawak kepada Chan (kanan) baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia