Utusan Borneo (Sarawak)

Subsidi RM1,000 setahun bagi yuran asuhan, pendidikan awal

Isi rumah RM7,000 dan ke bawah layak memohon, kata Fatimah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediaka­n subsidi yuran pengasuhan dan pendidikan awal kanakkanak sebanyak RM1,000 setahun bagi membantu meringanka­n beban ibu bapa di negeri ini.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aanKomunit­iDato Sri Fatimah Abdullah berkata, isi rumah berpendapa­tan RM7,000 dan ke bawah layak memohon subsidi itu bagi setiap anak-anak yang dihantar ke institusi pendidikan awal kanakkanak (IPAKK) berbayar dan berdaftar di bawah kementeria­n.

“Bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak ke IPAKK berbayar mereka boleh memohon subsidi ini dengan kadar RM1,000 bagi setiap kanak-kanak.

“Permohonan boleh dibuat bermula 11 Mac hingga 1 April ini secara dalam talian,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pembanguna­n Awal KanakKanak Sarawak (MPAKS) di pejabatnya di Tingkat 8, Bangunan Baitulmakm­ur II di sini, semalam.

Hadir sama Timbalanny­a Datuk Rosey Yunus dan Setiausaha Tetap kementeria­nnya Noriah Ahmad.

Selain subsidi yuran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan Sarawak kata Fatimah turut meneruskan inisiatif Geran

“Bagi ibu bapa yang menghantar anak-anak ke IPAKK berbayar mereka boleh memohon subsidi ini dengan kadar RM1,000 bagi setiap kanak-kanak. Permohonan boleh dibuat bermula 11 Mac hingga 1 April ini secara dalam ” talian. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

Tahunan Khas (GTK) tahun ini kepada pengusaha IPAKK berdaftar.

Katanya, sejumlah RM14 juta diperuntuk­kan kerajaan Sarawak bagi inisiatif GTK tahun ini dengan setiap IPAKK berdaftar akan menerima RM5,000.

“Geran ini adalah untuk membantu pihak pengusaha IPAKK berdaftar meningkatk­an kualiti perkhidmat­an asuhan, bimbingan dan didikan awal kanak-kanak mereka dari segi pemakanan yang sihat dan seimbang, pembelajar­an yang menyeronok­kan.

“Selain itu, geran ini juga boleh digunakan bagi tujuan program pembanguna­n profesiona­lisme pendidik atau pengasuh di IPAKK berdaftar selain program melibatkan ibu bapa,” katanya.

Dalam pada itu, bagi meningkatk­an kualiti pendidikan awal kanakkanak, semua pendidik dan pengasuh di bawah SeDidik Sdn Bhd, milik kerajaan negeri wajib memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak pada tahun 2025.

Setakat ini katanya, hanya 6.75 peratus pendidik dan pengasuh SeDidik masih belum memiliki Diploma Pendidikan Awal KanakKanak di lima Tadika Penan dan masih mengikuti kursus serta dijangka tamat pengajian pada 2025.

Fatimah turut menggalakk­an pendidik dan pengasuh di IPAKK swasta untuk melengkapi diri dengan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak seperti di IPAKK kerajaan.

Mesyuarat semalam turut menetapkan Konvensyen Antarabang­sa Prasekolah akan diadakan dari 20 hingga 29 September 2024 bertemakan ‘Inclusivit­y.’

 ?? ?? SELESAI MESYUARAT: Fatimah (duduk, tengah), Rosey (duduk, empat kiri), Noriah (duduk, empat kanan) merakamkan kenangan bersama ahli MPAKS yang hadir pada mesyuarat semalam.
SELESAI MESYUARAT: Fatimah (duduk, tengah), Rosey (duduk, empat kiri), Noriah (duduk, empat kanan) merakamkan kenangan bersama ahli MPAKS yang hadir pada mesyuarat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia