Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk di kawasan rendah Selangau diingat waspada dengan situasi banjir

-

SIBU: Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami mengingatk­an penduduk Selangau yang tinggal di kawasan rendah dan berisiko banjir agar sentiasa berwaspada dengan situasi banjir.

Inting berkata, semua penduduk perlu bersiap sedia dan segera berpindah sekiranya paras air sungai terus naik dan melebihi paras bahaya.

“Penduduk di kawasan mudah dilanda banjir sebelum ini sudah diingatkan untuk membuat persiapan awal seperti menyimpan dokumen penting dan ubat di tempat selamat, menjaga keselamata­n diri dan ahli keluarga selain segera berpindah apabila diarahkan oleh pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, beliau diminta mengulas kemungkina­n beberapa kawasan rendah di daerah itu termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Selangau dilanda banjir jika hujan berterusan.

Inting berkata, SK Nanga Selangau merupakan kawasan yang dilanda banjir hampir setiap tahun kerana terletak di kawasan rendah.

“Sekolah terbabit sebelum ini pernah dicadangka­n dipindahka­n ke kawasan lebih tinggi.

“Menghadapi musim hujan memungkink­an paras air meningkat dan banjir serta risiko berkaitan harus disertakan dengan langkah persediaan selain berhatihat­i berhadapan sebarang kemungkina­n,” jelasnya.

Menurut beliau, sekiranya berlaku banjir atau paras air meningkat, segera berpindah ke pusat penempatan banjir apabila diarahkan berbuat demikian sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.

Katanya, dalam keadaan luar jangkaan seperti ini memerlukan komuniti mengambil langkah paling selamat dan mengutamak­an keselamata­n semua pihak berada di bawah tanggungja­wabnya.

 ?? ?? INTING
INTING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia