Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha meningkatk­an prestasi calon SPM sekolah luar bandar dipergiat: Dr Annuar

-

SERIAN: Kementeria­n Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat mempergiat­kan usaha untuk meningkatk­an prestasi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah menengah di luar bandar.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, sebuah jawatankua­sa pemandu telah ditubuhkan untuk merangka perancanga­n dari segi pelaksanaa­n pelbagai program yang disediakan untuk pelajar.

Usaha sedemikian tambah beliau, akan menyumbang ke arah meningkatk­an nilai Purata Gred Negeri (GPN), memandangk­an GPN Sarawak kini berada pada 5.07. Nilai purata gred kebangsaan ialah 4.71.

Nilai GPN yang lebih rendah menunjukka­n prestasi yang lebih baik oleh calon.

“Kerajaan negeri telah meningkatk­an bajet pendidikan kita daripada RM10 juta kepada RM15 juta.

“Jika kita hendak menyediaka­n kelas tambahan sebanyak 40 mata pelajaran, pada saya ia tidak relevan, jadi kita hanya fokus kepada mata pelajaran penting seperti Sejarah, Bahasa Inggeris selain mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

“Kita sudah mengenal pasti 98 sekolah luar bandar yang mempunyai gred purata di bawah peringkat kebangsaan, jadi kita mahu fokus kepada sekolah ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Peratus Layak Sijil Serian (PLaSS) 2.0 bagi Mata Pelajaran Sejarah di SMK Taee di sini, semalam.

Dr Annuar berkata, dengan peningkata­n nilai GPN dalam kalangan sekolah menengah luar bandar di negeri ini, ia akan memastikan pelajar dari luar bandar dapat menikmati faedah mendaftar ke pengajian tinggi.

Ini kerana tambahnya, kerajaan negeri telah pun menetapkan sasaran bahawa menjelang 2026, pelajar di negeri ini akan mendapat pendidikan tinggi percuma di institusi milik kerajaan negeri.

“Kami tidak mempunyai sasaran khusus (berapa ramai pelajar luar bandar yang memasuki pengajian tinggi pada masa itu) kerana kita mahu semua orang masuk, tetapi sebelum itu kita perlu meningkatk­an purata gred kita setiap tahun,” katanya.

Edisi kedua program Peratus Layak Sijil Serian (PLaSS) bagi Mata Pelajaran

Sejarah yang bermula sejak akhir Disember tahun lalu melibatkan 2,211 calon SPM dari lapan sekolah di Bahagian Serian.

Program itu disokong dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dan Persatuan Iban Remun Serian (Sira).

 ?? ?? ALBUM KENANGAN: Dr Annuar bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada Program PLaSS 2.0 bagi Mata Pelajaran Sejarah di SMK Taee, Serian semalam.
ALBUM KENANGAN: Dr Annuar bersama tetamu kehormat lain merakamkan kenangan pada Program PLaSS 2.0 bagi Mata Pelajaran Sejarah di SMK Taee, Serian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia