Utusan Borneo (Sarawak)

23 keluarga Rh Gendang, Rh Mai terjejas banjir terima bantuan Kit Makanan Kering

-

SIBU: Dua puluh tiga keluarga di Rumah Gendang dan Rumah Mai di Sungai Assan Tengah dekat sini yang terputus hubungan selepas dilanda banjir sejak beberapa minggu lalu mendapat bantuan Kit Makanan Kering daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) semalam.

Bantuan diserahkan oleh pasukanAng­katanPerta­hanan Awam (APM) Sibu kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) merangkumi 13 KIR di Rumah Gendang dan 10 KIR di Rumah Mai.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sibu Mejar (PA) Wan Mohd Jabir Wan Mohd Badrudin berkata, pasukan bantuan telah menggunaka­n perahu panjang selama lebih satu jam menuju ke dua rumah panjang panjang berkenaan.

“Operasi penghantar­an kit makanan bermula pada jam 10.12 pagi dan semua pek makanan telah sampai ke destinasi sasaran pada jam 11.20 pagi.

“Sebanyak 135 pek makanan telah berjaya diagihkan kepada 23 KIR di kedua-dua rumah panjang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kedua-dua Tuai Rumah Gendang dan Tuai Rumah Mai dalam pada itu melahirkan rasa penghargaa­n dan terima kasih kepada JKM dan APM atas bantuan makanan yang dihulurkan.

Menurut sumber, penduduk dua rumah panjang telah terputus hubungan akibat dilanda banjir sejak beberapa minggu lalu.

“Keadaan banjir di keduadua kawasan dilaporkan terkawal, namun aktiviti harian penduduk di keduadua rumah panjang berkenaan masih terjejas dan terhad.

“Hanya perahu panjang sahaja dapat digunakan untuk keluar daripada rumah panjang berkenaan,” kata sumber itu.

Operasi tersebut telah melibatkan­seramai11p­egawai dan anggota APM Sibu dan dibantu oleh enam kakitangan JKM serta empat kakitangan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia