Utusan Borneo (Sarawak)

Pang: Kerajaan Sarawak lulus peruntukan baiki bumbung rumah rosak dibadai ribut di Bintulu

-

BINTULU: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan­bagimemper­baiki bumbung flat kediaman di Iris Garden yang rosak akibat dilanda ribut kuat petang kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming dalam kenyataann­ya semasa melawat mangsa yang ditempatka­n di Pusat Permindaha­n Sementara (PPS) Dewan Assyakirin semalam berkata, belanjawan bagi memperbaik­i bumbung terbabit telah diluluskan serta-merta oleh kerajaan Sarawak.

“Ia merupakan langkah drastik kerajaan bagi membantu mangsa terjejas pada masa sekarang,” ujarnya.

Buat masa ini katanya, pegawai berkaitan sedang menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas kediaman yang terjejas bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang dapat disalurkan kepada mereka.

Bantuan memperbaik­i bumbung rumah itu turut merangkumi tiga rumah di Pine Court yang bumbung kediaman mereka turut mengalami kerosakan akibat dihempap pokok.

Justeru, beliau berharap semua pihak terutama mangsa terjejas agar bersabar dengan musibah yang berlaku kerana kerajaan akan menyalurka­n bantuan sewajarnya bagi meringkank­an beban yang ditanggung oleh semua mangsa.

“Apa yang penting ialah semua pihak harus saling membantu antara satu sama lain bagi memudahkan semua urusan bantuan,” ujarnya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu Jessica Kemarau ketika ditemui Utusan Borneo berkata, buat masa sekarang sebanyak 27 mangsa daripada lapan keluarga ditempatka­n di PPS Dewan Assyakirin.

Kesemua mangsa ujarnya, diberikan bantuan sewajarnya termasuk pemeriksaa­n kesihatan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) serta bantuan lain demi keselesaan mereka.

“Secara amnya, kebanyakan mangsa yang tinggal di PPS ialah kanak-kanak dan warga emas kerana kebanyakan ahli keluarga mereka keluar bekerja di siang hari,” tambah beliau.

 ?? ?? AGIH: Sebanyak 135 pek makanan kering berjaya diagihkan kepada penduduk di Rumah Gedang dan Rumahh Mai di Sungai Assan Tengah yang terputus hubungan akibat banjir.
AGIH: Sebanyak 135 pek makanan kering berjaya diagihkan kepada penduduk di Rumah Gedang dan Rumahh Mai di Sungai Assan Tengah yang terputus hubungan akibat banjir.
 ?? ?? PRIHATIN: Pang semasa melawat mangsa ribut kuat yang ditempatka­n di PPS Dewan Assyakirin semalam.
PRIHATIN: Pang semasa melawat mangsa ribut kuat yang ditempatka­n di PPS Dewan Assyakirin semalam.
 ?? ?? JESSICA
JESSICA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia