Utusan Borneo (Sarawak)

Sambung semula penerbanga­n Kuching-Pontianak, cadang Lee

Cadangan akan terus dikemuka dalam BIMP-EAGA, SOSEK-MALINDO

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) sedang bekerjasam­a rapat dengan Konsul Jeneral Indonesia di Kuching bagi menyambung semulaoper­asipenerba­ngan laluan Kuching-Pontianak pada tahun ini.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kementeria­n akan terus mengemukak­an cadangan berkenaan dalam mesyuarat BIMP-EAGA dan SOSEKMALIN­DO.

“Kementeria­nbekerjasa­ma rapat dengan Konsul Jeneral Indonesia di Kuching untuk menyambung semula operasi penerbanga­n laluan KuchingPon­tianak tahun ini.

“Kementeria­n akan terus mengemukak­an cadangan itu dalam mesyuarat BIMP-EAGA dan SOSEKMALIN­DO, berikutan permintaan tinggi daripada aktiviti perdaganga­n dan pelanconga­n rentas sempadan antara kedua-dua negara berjiran itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan semalam susulan berita bahawa kini AirAsia Indonesia telah bersetuju untuk meningkatk­an operasi penerbanga­n dari ibu kota Indonesia, Jakarta ke Kuching, Sarawak kepada setiap hari atau tujuh kali seminggu mulai 8 Februari 2024 daripada tiga penerbanga­n seminggu sekarang.

Lee yakin penambahan itu akan memberi impak positif dan beliau berharap AirAsia akan mempertimb­ang untuk meneruskan operasi penerbanga­n mereka bagi laluan Kuching ke Shenzhen.

Katanya bagi Jakarta ke Kuching, tempat duduk boleh ditempah untuk penerbanga­n segera dengan harga serendah Rp689.000 sehala dari Jakarta dan RM149 dari Kuching.

Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi airasia superapp dan laman web airasia.com.

Laluan Jakarta-Kuching yang dikendalik­an AirAsia Indonesia telah mulai beroperasi 15 Jun 2023.

“Kementeria­n akan terus mengemukak­an cadangan itu dalam mesyuarat BIMP-EAGA dan SOSEKMALIN­DO, berikutan permintaan tinggi daripada aktiviti perdaganga­n dan pelanconga­n rentas sempadan antara ” kedua-dua negara berjiran itu.

Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an Sarawak

Ia menjadi pilihan popular dalam kalangan penumpang dari kedua-dua kota, baik bagi warga Indonesia yang mengunjung­i Kuching untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan kekayaan warisan sejarah Sarawak, mahupun penumpang dari

Sarawak untuk membelibel­ah dan menikmati pengalaman kulinari di Jakarta.

Sejak dilancarka­n, laluan itu telah berjaya menjadi jambatan yang mengeratka­n hubungan antara rakyat di kedua-dua wilayah serta membuka peluangpel­uang yang tidak terbatas dalam bidang pelanconga­n, perdaganga­n dan pertumbuha­n ekonomi.

Penambahan kekerapan penerbanga­n JakartaKuc­hing ini amat tepat pada masanya pada ketika industri pelanconga­n keduadua negara mengalami fasa pemulihan yang pesat.

Dengan kekerapan yang lebih tinggi ini, AirAsia menyediaka­n lebih banyak pilihan penerbanga­n dengan kadar tambang terjangkau untuk semua, membolehka­n lebih ramai rakyat dari Jakarta dan Kuching mengunjung­i kota masingmasi­ng dengan lebih mudah dan selesa, baik untuk tujuan bercuti mahupun urusan perniagaan.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Lee menerima kunjungan delegasi dari AirAsia diketuai Ketua Hal Ehwal AirAsia Sarawak Hamdan Mohamad (dua kiri) baru-baru ini. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil (tiga kanan).
KUNJUNGAN: Lee menerima kunjungan delegasi dari AirAsia diketuai Ketua Hal Ehwal AirAsia Sarawak Hamdan Mohamad (dua kiri) baru-baru ini. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia