Utusan Borneo (Sarawak)

MUIS, JHEAINS agensi pertama laksana Sijil Nikah, Cerai dan Rujuk digital

-

KOTA KINABALU: Sabah melakar sejarah apabila menjadi wilayah pertama di Malaysia mengeluark­an Sijil Nikah berbentuk digital menerusi aplikasi yang dibangunka­n Pos Digicert Secured QR.

Ia hasil pemeteraia­n Memorandum Perjanjian Perkhidmat­an ‘Public Key Infrastruc­ture’ (KPI) di antara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan Pos Digicert Sdn Bhd.

Selain Sijil Digital Perkahwina­n usaha digitalisa­si itu turut melibatkan Sijil Perceraian dan Rujuk, sebagai usaha memantapka­n lagi perkhidmat­an agensi terbabit.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif berkata, sijil digital itu akan dilengkapi ciri-ciri keselamata­n yang merujuk kembali ke pangkalan data Perkahwina­n Penduduk Negeri Sabah di bawah pangkalan data Kerajaan Negeri.

“Usaha ini dapat memberi kemudahan urusan perkahwina­n dan berkaitan kepada orang Islam kerana memiliki ciri-ciri keselamata­n terjamin dan barcode yang mudah untuk pengesahan di mana-mana sahaja.

“Inisiatif ini juga akan diperluask­an dalam sebarang urusan berkaitan JHEAINS dan MUIS membabitka­n aplikasi seperti Sistem EKahwin,E-Kariah,E-Masjid, E-Aduan Penguatkua­saan dan Sistem pendakwaan.

“Pelaksanaa­n ini juga adalah bagi menyahut saranan Ketua Menteri (Datuk Seri Panglima Hajiji Noor) yang mahu memantapka­n lagi perkhidmat­an digital dalam penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n Majlis Tandatanga­n Memorandum Perjanjian Perkhidmat­an ‘Public Key Infrastruc­ture’ (KPI) diantara MUIS, JHEAINS dan Pos Digicert Sdn Bhd di salah sebuah hotel dekat sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia