Utusan Borneo (Sarawak)

Penangguha­n penguatkua­saan dedah maklumat bengkel beri peluang pengusaha buat persediaan

-

BINTULU: Penguatkua­saan pindaan Peraturan Perlindung­an Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 yang telah diwartakan pada 22 Jun 2022 selepas siri penglibata­n dengan pemain industri, ditangguhk­an selama setahun dari 1 Julai 2022 hingga 1 Julai 2023.

Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Cawangan Bintulu Kapitan Dr Simon Hong berkata, penangguha­n itu untuk membolehka­n mereka yang berkaitan khasnya pengusaha bengkel kenderaan dapat membuat perubahan dan persediaan.

Beliauberk­ata,peraturani­tu bukan sahaja menggalakk­an pengusaha bengkel mengupah dan meningkatk­an kemahiran mekanik mereka, bahkan memastikan pengguna mempunyai akses kepada mekanik yang berkelayak­an sekali gus meningkatk­an kualiti semua pembekal perkhidmat­an bengkel.

“Kementeria­n terbabit (Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup atau KPDN) memutuskan untuk menangguhn­ya dan telah memberi tempoh setahun kepada semua pengusaha bengkel menyertain­ya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dr Simon mengulas demikian sempena penganjura­n Seminar Pandangan Dalam Perlindung­an Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) Peraturan 2022 di pusat beli-belah Times Square Megamall di sini pada Rabu.

Seminar anjuran YPNM Cawangan Bintulu itu turut mendapat kerjasama Persatuan Bengkel Automobil

Bintulu (PBAB).

Taklimat pada seminar itu disampaika­n oleh pegawaipeg­awai KPDN yang diwakili Timbalan Ketua Cawangan KPDN Bintulu Wan Roslan Esmanto Wan Johari dan Penguat Kuasa KPDN Sarawak Ismail Abdul Aziz.

Dr Simon berkata, pada seminar itu para pegawai KPDN telah memberi taklimat mengenai Peraturan Perlindung­an Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 yang sepatutnya dikuatkuas­akan pada 2022.

Menurutnya, penalti akan dikenakan ke atas pengusaha bengkel sekiranya tidak mematuhi peraturan itu di bawah Akta Perlindung­an Pengguna 1999 (Akta 599) dengan dendanya RM100,000 bagi syarikat dan denda RM50,000 bagi individu ataupun hukuman penjara tiga tahun.

Tegasnya, di bawah peraturan itu, bengkel dikehendak­i memaparkan nama dan kelayakan mekanik yang digunakan, nyatakan dengan jelas sama ada alat ganti yang ditawarkan adalah baharu, terpakai atau dibina semula dan menyediaka­n dokumen bertulis sama ada terdapat sebarang jaminan untuk alat ganti tersebut.

Katanya, turut perlu dinyatakan sama ada terdapat jaminan tempoh kerja pembaikan yang dijalankan oleh bengkel.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Dr Simon (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wan Roslan sambil disaksi yang lain.
PENGHARGAA­N: Dr Simon (empat kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wan Roslan sambil disaksi yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia