Utusan Borneo (Sarawak)

Bayaran haji B40 tahun ini ditetapkan RM12,356: TH

Manakala kadar bayaran bakal haji kumpulan M40 kali pertama menunaikan rukun Islam kelima itu ialah RM19,152 seorang

-

“Sementara itu, bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus daripada keseluruha­n kos haji.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mengumumka­n kadar bayaran bagi bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman berkata, kadar bayaran bagi bakal haji kumpulan M40 yang kali pertama menunaikan rukun Islam kelima itu pula ialah RM19,152 seorang.

Beliau berkata perkara ini susulan kos haji bagi seorang bakal haji Muassasah untuk menunaikan ibadat itu tahun ini ditetapkan RM33,300 berbanding RM30,850 tahun lepas.

“Kadar ini telah mengambil kira keprihatin­an kerajaan Malaysia terhadap bakal haji kumpulan B40 dan kerajaan akan menanggung sebanyak RM1,000 seorang.

“Bakal haji kumpulan B40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji dan bantuan kerajaan berjumlah RM20,944 seorang atau bersamaan dengan 63 peratus daripada kos haji.

“Sementara itu, bakal haji kumpulan M40 akan menerima Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM14,148 seorang atau 42 peratus daripada keseluruha­n kos haji,” katanya pada sidang media

Pengumuman Surat Tawaran dan Bayaran Haji 1445H/2024M di Menara TH di sini semalam.

Syed Hamadah berkata bagi kumpulan T20, mereka akan dikenakan bayaran penuh kos untuk menunaikan haji sebanyak RM33,300 seorang.

“TH turut terdedah kepada faktor di luar kawalan seperti peningkata­n kadar inflasi, cukai nilai tambah dan caj perkhidmat­an di Tanah Suci,” katanya sebagai mengulas peningkata­n kos haji itu.

Dalam usaha mengawal peningkata­n kos haji, beliau berkata TH telah memeterai perjanjian kontrak jangka panjang melibatkan penerbanga­n, penginapan, sajian makanan dan beberapa perkhidmat­an di Arab Saudi.

“Walaupun berlaku kenaikan kos haji, TH tetap mencari kaedah terbaik mengimbang­i usaha memberikan perkhidmat­an cemerlang demi kebajikan jemaah negara di samping mengekalka­n kelestaria­n kedudukan kewangan.

“Struktur bayaran haji ini, iaitu jemaah haji golongan B40 dan M40 masing-masing menikmati Bantuan Kewangan Haji hingga 42 peratus dan 60 peratus daripada kos sebenar, akan memberi tekanan terhadap kedudukan kewangan TH,” katanya.

Menurut beliau sejak 2001, TH membelanja­kan sejumlah RM2.4 bilion bagi Bantuan Kewangan Haji dan dijangka membiayai kos sebanyak RM350.1 juta bagi musim haji tahun ini.

Sementara itu, Syed Hamadah berkata TH akan mula mengeluark­an Surat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji 2024 bermula hari ini (semalam).

“Bakal haji perlu mencukupka­n bayaran haji dan lulus pemeriksaa­n kesihatan sebelum menjawab surat tawaran berkenaan dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjung­i mana-mana cawangan TH berdekatan,” katanya.

Beliau berkata daripada 31,600 jemaah yang layak menunaikan haji tahun ini, dijangkaka­n 40 peratus daripadany­a ialah kumpulan B40, manakala 58 peratus terdiri dalam kumpulan M40 dan selebihnya ialah kumpulan T20.

Bagi pemilihan bakal haji, beliau berkata TH akan mengutamak­an bakal haji yang berbaki pada tahun lepas dan mereka yang gilirannya adalah pada tahun ini.

“Hal ini berdasarka­n sistem pendaftara­n haji berasaskan prinsip yang dahulu, didahuluka­n. Rayuan haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka bermula 26 Jan ini,” katanya.

Syed Hamadah berkata sekiranya ada penolakan surat tawaran haji dan terdapat kekosongan, maka ia akan diisi oleh mereka yang membuat permohonan rayuan serta berkelayak­an. — Bernama

Syed Hamadah Syed Othman Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia