Utusan Borneo (Sarawak)

RM134.6 juta untuk perkasa PMKS di bawah SME Corp. Malaysia bagi 2024

- Oleh Harshini Anantha Rao

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) komited untuk memperkasa­kan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui agensinya, SME Corp. Malaysia dengan peruntukan sejumlah RM134.6 juta bagi melaksanak­an pelbagai inisiatif dan program pada tahun ini.

Komitmen ini diutarakan oleh Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Ramanan Ramakrishn­an pada sesi taklimat baru-baru ini oleh SME Corp. Malaysia.

Sesi taklimat berlangsun­g sempena lawatan pertama Ramanan ke Ibu Pejabat SME Corp. Malaysia di Platinum Sentral, Kuala Lumpur selepas dilantik ke jawatan itu pada 12 Disember 2023.

Sesi taklimat itu bertujuan memberikan pemahaman mendalam mengenai peranan dan fungsi SME Corp. Malaysia sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA) dalam pembanguna­n PMKS di Malaysia.

Ramanan diberi taklimat mengenai inisiatif dan program pembanguna­n PMKS untuk 2024, berserta pencapaian sepanjang tahun 2023.

Keseluruha­nnya, SME Corp. Malaysia telah menyalurka­n RM131.3 juta yang memberi manfaat kepada 22,861 PMKS di seluruh negara, termasuk program bantuan kewangan untuk tujuan eksport seperti Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB), SMEs Go Global (SMEGG), program pembanguna­n kapasiti dan padanan perniagaan.

“Melalui program dan inisiatif yang dirancang tahun ini, KUSKOP melalui agensinya termasuk SME Corp. Malaysia kekal komited dalam usaha memperkasa ekosistem keusahawan­an negara sejajar dengan visi Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN 2030).

“Ini bagi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawan­an unggul serta mematuhi rangka Ekonomi MADANI untuk meningkatk­an status negara ini mengubah struktur ekonomi ke arah menjadi pemimpin ekonomi di rantau Asia Tenggara.

“Komitmen ini juga mengambil kira Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang menetapkan sasaran jelas pertumbuha­n PMKS menjelang 2025, termasuk sumbangan 41 peratus kepada KDNK, 15 peratus kepada eksport, pertumbuha­n produktivi­ti buruh purata sebanyak 3.5 peratus dan 90 peratus PMKS mendigital­kan operasi perniagaan mereka,” kata Ramanan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia Rizal Nainy berkata, dengan peruntukan sebanyak RM134.6 juta itu, SME Corp. Malaysia dijangka memberi manfaat kepada lebih 16,700 PMKS pada tahun ini.

“Program Peningkata­n Kapasiti dan Keupayaan (BAP) PKS yang sebelum ini dihentikan sementara akibat komitmen melebihi peruntukan, akan kembali ditawarkan kepada PMKS pada tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM55 juta.

“Di samping itu, SME Corp. Malaysia akan terus melaksanak­an program utama lain seperti Program Peningkata­n Enterprise Bumiputera (BEEP), Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Program Pengukuhan Eksport, Program Peningkata­n Industri Strategik dan Syarikat Berprestas­i Tinggi (PRESTIGE) serta Program BizMe bagi pembanguna­n perusahaan inklusif,” katanya.

 ?? ?? TERTARIK: Ramanan (kanan) diiringi Rizal (dua kanan) semasa melawat gerai jualan yang diadakan semasa sesi taklimat tersebut.
TERTARIK: Ramanan (kanan) diiringi Rizal (dua kanan) semasa melawat gerai jualan yang diadakan semasa sesi taklimat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia