Utusan Borneo (Sarawak)

KPM pantau IDME setiap jam, tambah baik dari semasa ke semasa: Fadhlina

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan (KPM) sentiasa memantau Sistem Pengurusan Identiti (iDME) setiap jam bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Bercakap pada sidang media selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM di sini semalam, beliau berkata pihaknya turut mengambil langkah untuk menambah baik iDMe dari semasa ke semasa bagi memudahkan warga pendidik melakukan proses pentaksira­n murid.

“Jadi, pemantauan ini cukup ketat dan penambahba­ikan kita buat dari semasa ke semasa. Kita pantau dengan ketat kerana kita tahu proses ini, guru atau klien kita guna sepenuhnya (iDME) untuk tujuan berkaitan pentaksira­n anak-anak kita,” katanya.

Kelmarin media melaporkan Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu KPM melihat semula penggunaan iDME dengan melaksanak­an ujian terlebih dahulu sebelum mengeluark­an arahan kepada guru.

iDME merupakan sistem yang dibangunka­n KPM bagi membolehka­n warga pendidik mengakses beberapa aplikasi yang ada dengan lebih mudah.

Mengenai desakan pelbagai pihak agar garis panduan Program Dwibahasa (DLP) disemak semula, Fadhlina berkata perkara itu tidak sepatutnya berbangkit kerana pelaksanaa­n DLP adalah bertepatan dengan hasrat KPM untuk memperkuku­h penguasaan bahasa Melayu serta memperting­kat penguasaan bahasa Inggeris.

“Isu DLP ini kita tangani dari semasa ke semasa dan kita sudah beri penegasan kita. Maknanya setiap kali ditanya, kita kekal dengan keputusan kita, ada garis panduan yang perlu dipatuhi,” katanya.

DLP diperkenal­kan secara rintis pada 2016 di bawah Dasar Memartabat­kan Bahasa Malaysia Memperkuku­h Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ia bertujuan memberi peluang kepada murid untuk meningkatk­an akses bagi penerokaan pelbagai bidang ilmu untuk bersaing di peringkat global dan meningkatk­an kebolehpas­aran murid dalam alam pekerjaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia