Utusan Borneo (Sarawak)

Pemukiman Jemaah Menteri 2024 perkasa sinergi dengan kepimpinan perkhidmat­an awam

-

PUTRAJAYA: Pemukiman Jemaah Menteri 2024 yang berlangsun­g selama dua hari berakhir malam tadi telah memperkasa­kan sinergi dan kerjasama erat antara anggota Jemaah Menteri bersama kepimpinan perkhidmat­an awam, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam kenyataan melalui laman Facebook rasminya hari ini, beliau berkata pelbagai strategi dan hala tuju baharu kerajaan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang telah dirangka sepanjang sesi permukiman itu.

Mohd Zuki berkata antara inti pati yang diberikan tumpuan dalam sesi permukiman berkenaan mencakupi aspek hala tuju dan cabaran ekonomi semasa, pembanguna­n keselamata­n sosial, pembanguna­n polisi industri digital, keterjamin­an makanan, pembaharua­n sektor tenaga dan cabaran pendidikan negara.

“Berbeza dengan permukiman sebelum ini, kali ini melibatkan sesi percambaha­n minda dalam kumpulan dalam membangunk­an pelan tindakan secara bersepadu dan menyeluruh.

“Saya percaya permukiman kali ini mampu merealisas­ikan agenda Malaysia MADANI di bawah kepimpinan Perdana

Menteri,” katanya.

Permukiman Perdana Menteri bersama 31 barisan anggota Jemaah Menteri berlangsun­g selama dua hari bermula Rabu lepas di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan membuat penilaian untuk membaiki setiap ruang yang ada termasuk membabitka­n soal pendidikan, digital dan teknologi dalam perkhidmat­an bagi mengangkat martabat serta keupayaan negara supaya menjadi lebih hebat.

Anwar berkata penilaian itu dilakukan semasa program permukiman dua hari berkenaan berdasarka­n input sektor swasta, penyelidik, ilmuwan dan pakar antarabang­sa, selain pandangan serta cadangan Jemaah Menteri pada sesi itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia