Utusan Borneo (Sarawak)

15 termasuk 13 kanak-kanak maut selepas bot karam di Gujarat, India

Bilangan penumpang dua kali ganda melebihi kapasiti yang ditetapkan, tidak mempunyai jaket keselamata­n yang mencukupi: Media tempatan

-

AHMEDABAD: Sekurangku­rangnya 15 orang termasuk 13 kanak-kanak lemas selepas sebuah bot karam kelmarin di barat India, menurut pihak berkuasa.

Tragedi itu berlaku di negeri Gujarat ketika beberapa pelajar sedang dalam perjalanan ke acara piknik anjuran sekolah mereka.

Menurut laporan media tempatan, bilangan penumpang adalah dua kali ganda melebihi kapasiti yang ditetapkan dan mereka tidak mempunyai jaket keselamata­n yang mencukupi.

Puluhan orang telah menyertai usaha pencarian segera bagi mangsa yang masih hidup di sekitar tasik berhampira­n bandar Vadodara di mana bot itu karam.

“Jumlah kematian keseluruha­n adalah 15 orang,” kata pesuruhjay­a hospital Ranjan Aiyer.

Pegawai lain di hospital, yang tidak memberikan nama mereka, menyatakan bahawa mangsa termasuk kanak-kanak berusia semuda 10 tahun bersama dengan dua guru mereka.

Punca kemalangan masih belum jelas namun seorang pegawai daerah Vadodara memberitah­u AFP bahawa bot itu dipercayai membawa 27 penumpang.

“Ingatan saya bersama dengan keluarga yang sedang berduka ketika masa kesedihan ini,” kata Perdana Menteri Narendra Modi menerusi X.

“Saya turut berduka bersama mereka yang kehilangan orang tersayang. Semoga mereka yang cedera segera pulih. Pentadbira­n tempatan menyediaka­n semua bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terjejas,” katanya.

Modi mengumumka­n pembayaran ex gratia (pampasan) sebanyak 200,000 rupee kepada setiap waris mangsa yang terkorban dan 50,000 rupee kepada individu yang cedera dari Dana Bantuan Kebangsaan Perdana Menteri.

Ketua Menteri Gujarat Bhupendra Patel mengumumka­n pampasan sebanyak 400,000 rupee untuk setiap waris mangsa yang maut.

Kerajaan negeri telah mengarahka­n siasatan berhubung insiden itu.

Kemalangan bot kerap berlaku di perairan India.

Pada tahun lepas, sekurangku­rangnya 22 orang maut selepas bot pesiaran dua tingkat karam di negeri selatan Kerala.

Mangsa yang terselamat memberitah­u media tempatan bahawa ramai penumpang tidak memakai jaket keselamata­n. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MISI MENYELAMAT: Anggota Perkhidmat­an Bomba dan Penyelamat Vadodara melakukan usaha mencari dan menyelamat selepas sebuah bot karam di Tasik Harni di Vadodara kelmarin.
— Gambar AFP MISI MENYELAMAT: Anggota Perkhidmat­an Bomba dan Penyelamat Vadodara melakukan usaha mencari dan menyelamat selepas sebuah bot karam di Tasik Harni di Vadodara kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia