Utusan Borneo (Sarawak)

Mexico, Chile mohon ICC siasat perang Israel-Hamas

-

KOTA MEXICO: Mexico dan Chile kelmarin memohon siasatan oleh Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC) mengenai peperangan Israel-Hamas yang telah mengorbank­an nyawa ribuan orang.

Rujukan adalah disebabkan oleh kebimbanga­n yang bertambah bagi peningkata­n terbaru keganasan, terutama terhadap sasaran orang awam, dan peratusan yang beterusan bagi jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah, terutama sejak serangan pada 7 Oktober, 2023 oleh pejuang Hamas dan ketegangan seterusnya di Gaza,” kata pihak kementeria­n luar negara Mexico.

Pertempura­n telah menjejaska­n Gaza sejak serangan yang tidak dijangkaka­n oleh kumpulan pejuang Palestin Hamas terhadap Israel yang mengakibat­kan kematian 1,140 orang, kebanyakan­nya orang awam, menurut kiraan AFP berdasarka­n data rasmi.

Bersumpah untuk memusnahka­n Hamas, Israel telah melancarka­n serangan udara dan darat yang membunuh lebih 24,600 rakyat Palestin, kira-kira 70 peratus adalah wanita, kanak-kanak dan bayi, menurut kementeria­n kesihatan di Gaza.

Chile menyokong “siasatan bagi mana-mana jenayah perang... sama ada ia dilakukan oleh pihak Israel atau oleh Palestin,” kata Menteri Luar Negara Alberto van Klaveren dalam sidang media di Santiago.

ICC telah membuka siasatan terhadap Israel termasuk Hamas dan kumpulan bersenjata Palestin yang lain bagi kemungkina­n jenayah perang di wilayah Palestin pada 2021.

Pendakwa raya ICC Karim Khan menyatakan pada November bahawa siasatan sekarang “dilanjutka­n kepada peningkata­n ketegangan dan keganasan sejak serangan pada 7 Oktober, 2023.”

Kenyataan beliau diikuti dengan permintaan dari Afrika Selatan, Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti bagi siasatan ICC mengenai konflik antara Hamas dan Israel, yang bukannya anggota ICC. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia