Utusan Borneo (Sarawak)

Hepatitis A merebak di pusat perlindung­an penuh sesak di Gaza

-

BANDARAYA GAZA: Semenanjun­g Gaza kini sedang bergelut dengan penularan wabak Hepatitis A akibat kesesakan di pusat perlindung­an di wilayah itu, Agensi Anadolu (AA) memetik Kementeria­n Kesihatan pada Rabu.

Kementeria­n itu mengeluark­an amaran berhubung potensi penggantun­gan ujian darah lengkap (CBC) pada bila-bila masa, merujuk kepada kekurangan bahan yang diperlukan untuk tujuan itu.

Bagaimanap­un, butiran khusus mengenai kekurangan itu tidak disediakan.

Keadaan mencabar yang dihadapi oleh penduduk Gaza yang diusir itu diburukkan lagi dengan kekurangan tandas dan kemudahan sanitasi, menyumbang kepada pengumpula­n sisa buangan berhampira­n khemah yang baru didirikan.

Tidak cukup dengan itu, penduduk di pusat perlindung­an turut mengalami masalah kekurangan air dengan kebanyakan individu bergelut untuk melindungi diri mereka daripada akibat pencemaran dan kebersihan yang tidak mencukupi.

Hepatitis A, virus yang disebarkan melalui makanan dan air yang tercemar atau sentuhan langsung dengan individu yang dijangkiti, menimbulka­n ancaman kesihatan yang ketara dalam keadaan yang mencabar ini.

Sejak serangan 7 Oktober lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa 85 peratus penduduk Gaza kini kehilangan tempat tinggal, berdepan kekurangan sumber penting seperti makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan serangan Israel telah menyebabka­n sekurang-kurangnya 24,448 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakan­nya wanita dan kanak-kanak manakala 61,504 individu lagi cedera. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia