Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Afrika Selatan bunuh enam suspek perompak

Perkhidmat­an keselamata­n Ukraine tahan pengintip Rusia

-

JOHANNESBU­RG: Pihak polis membunuh enam suspek dalam insiden tembak-menembak awal pagi kelmarin berhampira­n bandar pesisir pantai Durban di Afrika Selatan, menyatakan mereka telah menyasarka­n sebuah kumpulan selepas satu siri kejadian rompakan rumah dan pembunuhan.

Statistik jenayah di Afrika Selatan telah meningkat secara berterusan sejak beberapa bulan lepas. Negara Afrika Selatan, salah satu yang paling berbahaya di dunia, merekodkan tiga pembunuhan pada setiap jam dalam tiga bulan pertama pada 2023.

“Polis menjalanka­n perisikan mengenai di mana suspek yang dikehendak­i bagi satu siri rompakan rumah, pembunuhan, rompakan perniagaan dan rampasan kereta,” menurut Perkhidmat­an Polis Afrika Selatan (SAPS).

Ketika polis tiba di sebuah rumah di Inanda, sebuah pekan yang penuh kejahatan di barat laut bandar pelabuhan, mereka telah berdepan dengan “hujanan peluru”. Tiga suspek, seorang wanita dan dua lelaki, telah ditangkap.

Menteri Polis Bheki Cele yang melawat kawasan pada tengah hari kelmarin memberitah­u media tempatan bahawa polis telah menemui alkohol mahal dan teknologi di dalam rumah tersebut.

Insiden tembak-menembak berlangsun­g selama kirakira 25 minit, kata Cele.

“Syukur kepada Tuhan anggota polis kami selamat... hasil daripada pihak polis yang segera memberikan respons,” tambahnya.

Menurut polis, dua laras raifal dan satu senapang patah telah ditemui di dalam rumah termasuk sebuah kenderaan yang dicuri pada Disember lepas. — AFP

KYIV: Perkhidmat­an keselamata­n Ukraine kelmarin mengumumka­n mereka menahan seorang pelajar yang telah berkumpul dan menyampaik­an maklumat kepada Moscow mengenai fasiliti menyimpan bahan toksik supaya mereka dapat disasarkan oleh serangan Rusia.

Kedua-dua Moscow dan Kyiv sering kali mengaku telah menahan rakyat asing dan rakyat mereka sendiri yang mengintip untuk pihak lawan.

“Pakar siber SBU telah menahan seorang ejen FSB yang mengintip bagi musuh di negeri Odesa,” kata perkhidmat­an keselamata­n SBU di Ukraine, merujuk kepada agensi rakan Rusia, Perkhidmat­an Keselamata­n Persekutua­n.

“Tugas utama oleh pesalah adalah untuk mengenal pasti dan memberikan kordinat di mana bahan toksik telah disimpan, termasuk gudang dan fasiliti simpanan racun serangga,” kata SBU. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia