Utusan Borneo (Sarawak)

Penemuan 528 kg dadah di Padang Besar bukan dalam kawasan FRIM

-

KANGAR: Penemuan dadah jenis syabu seberat 528 kilogram (kg) bernilai RM19 juta di Padang Besar yang dilaporkan media pada 15 Januari lepas, bukan berada di dalam kawasan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM).

Ketua Pengarah FRIM Dr Ismail Parlan dalam satu kenyataan semalam memaklumka­n pihak polis telah membuat soal siasat terhadap kakitangan FRIM pada Selasa lepas dan didapati lokasi sebenar kejadian itu adalah di luar kawasan Stesen Penyelidik­an FRIM, Mata Ayer.

“FRIM ingin menjelaska­n bahawa laporan media mengenai kes penyimpana­n 20 guni dadah jenis syabu yang dikatakan berlaku di Kawasan Hutan Simpan Persekutua­n (Forest Reserve Institute Malaysia) baru-baru ini adalah kurang tepat.

“Selain itu, nama penuh bagi FRIM bukan ‘Forest Reserve Institute Malaysia’ tetapi ‘Forest Research Institute Malaysia’ atau dalam bahasa Melayu, Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, FRIM amat menghargai peranan media dalam menyebarka­n maklumat penting kepada masyarakat umum dan berharap pihak media akan membetulka­n fakta berkenaan dalam laporan seterusnya berhubung kes itu.

“Pihak FRIM juga sentiasa bersedia untuk turut membantu pihak polis atas perkara berkenaan. Sebarang pertanyaan berkaitan FRIM, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM 036279 7555/7458 atau melalui e-mel frim_ccu@frim.gov. my,” katanya.

Pada 15 Januari, media tempatan melaporkan polis melumpuhka­n sindiket pengedaran dadah terbesar di Perlis yang menggunaka­n kawasan Hutan Simpan Persekutua­n FRIM di Padang Besar sebagai lokasi transit selepas merampas 528 kg dadah jenis syabu bernilai RM19 juta pada 10 Januari lepas.

Memetik laporan itu, antara lain menyebut pemeriksaa­n di kawasan terbabit menemukan sebuah troli besi ditutupi ranting dan daun terbiar yang di dalamnya terdapat 20 guni berjahit mengandung­i 480 bungkusan plastik teh cina disyaki dadah jenis methamphet­amine atau syabu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia