Utusan Borneo (Sarawak)

B��cara kes pe����ubaha�� wa���� haram da��a SRC RM27 ju��a d��hadap�� Naj��b bermula Sep��ember

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan lima hari pada September untuk mendengar tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak.

HakimK.Muniandyme­netapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memaklumka­n mahkamah bahawa pihak pendakwaan masih mempertimb­angkan surat representa­si yang dihantar bekas perdana menteri itu Ogos lepas.

Pada permulaan prosiding, Mohd Ashrof memaklumka­n hakim bahawa pihak pendakwaan masih memerlukan masa untuk mempertimb­angkan representa­si justeru, beliau memohon tarikh lain untuk pengurusan kes.

“Disebabkan keadaan itu, pihak pendakwaan tidak boleh membuat keputusan berkenaan representa­si yang dihantar oleh Shafee & Co. Kami dengan rendah hati memohon masa lagi, Yang Arif,” kata pendakwa raya.

Sehubungan itu, peguam utama Najib berkata memandangk­an kes itu tergantung selama bertahunta­hun, maka mahkamah perlu memerintah­kan agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan.

“Yang Arif, perkara ini (pertuduhan pengubahan wang haram) adalah sebahagian daripada kes SRC. Terdapat terlalu banyak pengurusan kes yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Kita boleh lihat kesukaran pihak pendakwaan...justeru, memohon mahkamah agar memberi perintah pelepasan dan pembebasan (DAA) kepada anak guam saya,” kata Muhammad Shafee sambil menambah ia wajar demi kepentinga­n keadilan terhadap Najib.

Mohd Ashrof yang tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee, telah meminta mahkamah menetapkan satu tarikh lagi untuk pengurusan kes.

Ketika ini, Hakim Muniandy membalas bahawa kes itu mesti diteruskan dengan perbicaraa­n kerana tertuduh telah didakwa pada 2019.

“Setelah mempertimb­angkan hujah pihak pendakwaan dan pembelaan, dan sebagai ganti fakta bahawa ia hanya tarikh pengurusan kes hari ini, mahkamah ini akan meneruskan perbicaraa­n dan menetapkan tarikh.

“Sekiranya pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan kes mereka pada hari itu (17 September) pihak pembelaan bebas untuk memohon perintah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atau dibebas dan dilepaskan (DAA),” kata hakim Muniandy.

Mahkamah kemudian menetapkan 17, 18, 19, 23 dan 24 September untuk mendengar kes itu. Mahkamah juga menetapkan 12 Mac untuk pengurusan kes kepada kemas kini pihak pendakwaan mengenai representa­si itu.

Pada 3 Februari 2019, Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia berdepan denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang kerana penyelewen­gan dana SRC menyelewen­g dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Ber��ama ?? DIDAKWA: Najib (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam. Keputusan berhubung permohonan representa­si bekas perdana menteri itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan semula pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM27 juta terhadap Najib, akan dibuat semalam.
— Gambar Ber��ama DIDAKWA: Najib (tengah) hadir di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur semalam. Keputusan berhubung permohonan representa­si bekas perdana menteri itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan semula pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM27 juta terhadap Najib, akan dibuat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia