Utusan Borneo (Sarawak)

Pulisic dipilih sebagai Pemain Lelaki Terbaik AS

-

CHICAGO: Bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic, juga penyerang skuad gergasi Itali, AC Milan, telah dipilih sebagai Pemain Bola Sepak Lelaki Terbaik Amerika Syarikat untuk kali keempat, sekaligus mencatat rekod, menurut berita US Soccer kelmarin.

Pulisic menandingi bekas bintang Amerika, Landon Donovan dengan merangkul anugerah 2023, Pulisic berusia 25 tahun, sebelum ini menerima anugerah itu pada 2017, 2019 dan 2021.

“Jika kamu menyertai Landon dalam apa-apa sahaja untuk pasukan kebangsaan, kamu melakukan sesuatu yang betul,” kata Pulisic.

“Dia seorang legenda. Saya memandang tinggi kepadanya, jadi saya bersyukur kerana berada dalam kelompok yang sama. Saya berharap untuk terus berusaha dan semoga ini bukan yang terakhir.”

Pulisic merupakan pemain termuda yang memenangi anugerah itu tiga kali atau lebih, kejayaan yang hanya dicatatkan oleh pemenang tiga kali, Clint Dempsey dan Kasey Keller dan Donovan, antara 2003 dan 2010.

“Ia satu penghormat­an untuk memenangi anugerah ini sekali lagi, untuk kali keempat,” kata Pulisic. “Ia musim yang luar biasa bagi saya. Saya sentiasa seronok bermain dengan pasukan kebangsaan.

“Sudah tentu, datang ke AC Milan, ia merupakan tahun yang sangat menggembir­akan. Saya sangat menikmatin­ya, saya sangat bersyukur untuk memenangi anugerah seperti ini.”

Pulisic menjaringk­an enam gol dan membantu tiga yang lain untuk pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS), membantu Amerika memenangi Liga Negara CONCACAF untuk kali kedua berturut-turut, dinobatkan sebagai pemain terbaik temasya itu. Dia menjaringk­an 28 gol untuk pasukan AS.

Julai lalu, Pulisic membuat perpindaha­n AS$20 juta daripada Chelsea ke AC Milan, dan pada musim gugur 2023/2024 dia menjaringk­an enam gol dan menambah tiga bantuan dalam 13 penampilan Serie A. D

ia juga bermain dalam saingan Liga Juara-Juara AC Milan, golnya menentang Newcastle menjadikan lapan gol kerjaya dalam Liga Juara-Juara, yang paling banyak oleh mana-mana orang Amerika.

Pengundian untuk anugerah itu dilakukan oleh jurulatih pasukan kebangsaan dan liga profesiona­l AS, pemain AS yang mendapat gelaran itu pada 2023, lembaga pengarah dan majlis atlet US Soccer, panel media dan bekas pemain dan pentadbir.

Pulisic memperoleh 53% daripada jumlah undian berbanding 21.5% undian untuk rakan sepasukann­ya di AC Milan, Yunus Musah dan pilihan ketiga, Ricardo Pepi dari skuad Belanda PSV Eindhoven dengan 12.9%. — AFP

 ?? ?? PULISIC
PULISIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia