Utusan Borneo (Sarawak)

Wolff kekal sandang jawatan pengurus pasukan Mercedes

-

LONDON: Pemilik bersama pasukan Formula Satu (F1) Mercedes, Toto Wolff, akan mengekalka­n jawatannya sebagai pengurus pasukan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Wolff adalah salah seorang daripada tiga pemegang saham sama rata dalam pasukan F1 Mercedes, memiliki satu pertiga sama bersama-sama syarikat induk Mercedes dan syarikat petrokimia, INEOS.

Selepas dua musim sukar, di mana mereka hanya meraih satu kemenangan dan menyaksika­n Red Bull menjadi kuasa baharu sukan F1, ada spekulasi sama ada Wolff akan terus kekal sebagai pengurus atau berundur.

Tetapi selepas mengadakan perbincang­an dengan pemilik INEOS, Jim Ratcliffe dan CEO Mercedes-Benz, Ola Kallenius, Wolff berkata ketiga-tiga mereka bersetuju di mana dia akan terus memimpin pasukan.

“Saya fikir apa yang paling penting di antara kami bertiga ialah kami saling mempercaya­i sesama kami,” kata Wolff kepada akhbar Daily Telegraph.

“Pada akhirnya, sebagai pemegang saham, saya mahu pulangan terbaik kepada pelaburan. Dan pulangan terbaik ialah kemenangan.

“Saya bukan cuba untuk mempertaha­nkan jawatan yang saya fikir ada orang lagi boleh melakukann­ya lebih bagus berbanding saya. Saya memastikan bahawa saya mempunyai orang yang boleh memberitah­u saya sebaliknya. Pada akhirnya, kami bertiga membuat keputusan untuk meneruskan usaha kami.”

Wolff sudah merupakan pemegang saham dan pengurus pasukan Mercedes sejak tiba dari pasukan Williams pada 2013. Sepanjang tempoh itu, Mercedes sudah memenangi tujuh kejuaraan pemandu dan lapan kejuaraan pengeluar dalam satu tempoh penguasaan paling lama untuk satu pasukan dalam sejarah F1.

Dia berkata dia masih mempunyai motivasi untuk meneruskan tugasnya dan mengesahka­n pegangan sahamnya dalam pasukan tidak pernah menjadi persoalan.

“Saya sebahagian dari pasukan ini dalam pelbagai fungsi,” kata pemimpin berusia 52 tahun itu.

“Saya pemegang saham bersama. Saya dalam lembaga pengarah. Semua ini tidak akan berubah tidak kira apa jua jawatan eksekutif atau bukan eksekutif yang saya ada tetapi saya berasa gembira.

“Risiko bagi saya ialah saya akan lebih keletihan. Dan kerana itu saya menerima cabaran yang kami ada hari ini, walaupun ia kadang-kadang sukar untuk diharungi.”

Perjanjian baharu akan menyaksika­n Wolff kekal sebagai pengurus pasukan sehingga tahun pertama F1 memasuki perubahan peraturan baharu pada 2026.

Wolff mengesahka­nb bahawa prestasi hambar berterusan Mercedes dari dua tahun terakhir tidak akan memberikan sebarang impak kepada kedudukann­ya sebelum berakhir perjanjian baharu ini.

“Saya tidak pernah mempunyai klausa prestasi,” katanya. “Anda sama ada percaya sesama anda atau tidak. Dan kami selari sebagai pemegang saham.”

Mercedes akan melancarka­n kereta 2024 mereka, W15, menerusi acara dalam talian pada 14 Februari. Lewis Hamilton dan George Russell akan terus mengetuai cabaran pasukan tahun ini selepas menandatan­gani kontrak baharu dua tahun. — AFP

 ?? ?? WOLFF
WOLFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia