Utusan Borneo (Sarawak)

Kecederaan Salah cemaskan Mesir

Penyerang harapan Mesir itu alami kecederaan pada perlawanan AFCON menentang Ghana yang berakhir seri 2-2

-

ABIDJAN: Mesir berdepan penantian cemas untuk mengetahui tahap kecederaan Mohamed Salah yang dialaminya ketika perlawanan seri 2-2 dengan Ghana pada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) kelmarin, sementara Nigeria menewaskan tuan rumah Ivory Coast 1-0.

Mohammed Kudus menjaringk­an dua gol untuk Ghana pada penampilan sulungnya dalam kejohanan ini tetapi juara tujuh kali, Mesir menyelamat­kan satu mata dengan gol daripada Omar Marmoush dan Mostafa Mohamed selepas Salah dikeluarka­n pada lewat separuh masa pertama di Abidjan.

“Kami belum tahu lagi apa masalahnya (dengan Salah). Saya harap bukan masalah besar. Masih terlalu awal untuk menyatakan sesuatu,” kata jurulatih Mesir, Rui Vitoria.

Selepas ketinggala­n dua kali di Stadium Felix Houphouet Boigny, Mesir menunjukka­n ketabahan yang hebat tanpa penyerang bintang mereka dan mengambil kesempatan daripada dua kesilapan Ghana untuk memperoleh satu lagi mata berikutan keputusan seri 2-2 semasa perlawanan pembukaan dengan Mozambique dalam Kumpulan B.

Black Stars, yang kini hanya memenangi satu daripada 11 perlawanan AFCON mereka yang lalu, terancam untuk tersingkir di peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut walaupun Kudus kembali daripada kecederaan selepas tewas mengejut 2-1 kepada Cape Verde dalam perlawanan pertama mereka.

“Sudah tentu ia sangat mengecewak­an kerana saya rasa kami layak memenangi perlawanan itu,” kata jurulatih Ghana Chris Hughton.

“Bilik persalinan sangat kecewa pada masa ini kerana ini peluang yang sangat baik untuk kami mendapat tiga mata.”

Mesir hanya berkelebih­an satu mata dan masih perlu melakukan kerja dalam perlawanan terakhir mereka, tetapi Firaun kini bimbang akan kesihatan penyerang Liverpool, Salah.

Dalam Kumpulan A, kapten Nigeria, William Troost-Ekong menyempurn­akan sepakan penalti pada 10 minit separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan pasukannya ke atas Ivory Coast selepas kekasaran Victor Osimhen.

Super Eagles kemudian

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan AFCON Kumpulan B di antara Ghana dan Mesir di Stadium Felix Houphouet-Boigny di Abidjan.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan AFCON Kumpulan B di antara Ghana dan Mesir di Stadium Felix Houphouet-Boigny di Abidjan.
 ?? — Gambar AFP ?? LASAK:
Pertemuan di antara Ivory Coast menentang Nigeria.
— Gambar AFP LASAK: Pertemuan di antara Ivory Coast menentang Nigeria.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia