Utusan Borneo (Sarawak)

Onana tiba lewat untuk kejohanan AFCON, terlepas perlawanan pembukaan Cameroon

-

YAMOUSSOUK­RO: Pemain Manchester United, Andre Onana akan bermain di bawah tekanan menjelang perlawanan Cameroon dengan penyandang gelaran, Senegal semasa Piala NegaraNega­ra Afrika (AFCON) pada Sabtu selepas dia tiba lewat di kejohanan itu dan terlepas perlawanan pembukaan mereka.

“Saya mengaku bertanggun­gjawab,” kata Onana kepada berita Canal Plus selepas negaranya seri 1-1 dengan Guinea pada Isnin, perlawanan yang dia terlepas selepas tiba di Ivory Coast dari England pada malam sebelumnya.

Pemain berusia 27 tahun itu terlepas latihan pra-kejohanan Indomitabl­e Lions serta perlawanan pertama mereka pada kejohanan itu, yang amat mengecewak­an ramai peminat pasukan Cameroon.

“Tiada isu dia datang lewat. Semuanya baik-baik saja dalam skuad, tidak perlu risau dengan perkara yang diperkatak­an di media sosial. Tiada masalah,” tegas jurulatih Cameroon, Rigobert Song.

Dia tidak memberi jaminan bahawa Onana akan dimulakan menentang Senegal, selepas Fabrice Ondoa dari pasukan divisyen ketiga Perancis, Nimes bermain untuk juara Afrika lima kali itu semasa menentang Guinea.

Bagaimanap­un, keistimewa­an tiba lewat yang diberikan kepada penjaga gol pilihan utama itu telah menimbulka­n rasa jengkel, menurut beberapa sumber yang rapat dengan pasukan.

Pada Piala Dunia 2022 di Qatar, Onana dihantar pulang daripada skuad Cameroon selepas bertelagah dengan jurulatih dan pemain itu kemudian memutuskan untuk meninggalk­an pasukan kebangsaan sepenuhnya.

Namun pada bulan September, sejurus selepas beralih dari Inter Milan untuk Old Trafford, dia mengumumka­n kepulangan­nya.

Namun begitu, United berjaya berunding dengan Persekutua­n Bola Sepak Cameroon untuk membenarka­n Onana kekal dan bermain dalam perlawanan Liga Perdana seri 2-2 dengan Tottenham Hostpur Ahad lalu.

“Apabila dia berpindah ke Manchester, dia tidak tersedia untuk tugasan antarabang­sa, Manchester United berhak” untuk mengekalka­nnya sehingga minit terakhir, kata bekas penjaga gol Cameroon, Joseph-Antoine Bell.

United kemudian menaiki jet peribadi untuk membawa Onana ke Yamoussouk­ro, tempat Cameroon bermain dua perlawanan pertama mereka di kejohanan itu.

Bagaimanap­un, penerbanga­nnya dihalang daripada mendarat di ibu negara Ivory Coast kerana kabus, dan akhirnya mendarat di Abidjan, dari mana dia dibawa dengan kereta ke Yamoussouk­ro, tiba pada 4 pagi Isnin.

Akibatnya, dia tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk bermain menentang Guinea.

“Orang ramai boleh terus mengkritik saya, saya sudah biasa,” kata pemain yang mengalami permulaan sukar di England.

“Ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian saya selama berabadaba­d. Saya melakukan yang baik untuk negara saya dan yang baik untuk saya.

“Untuk mengangkat negara ini tinggi, perlu bermain dengan baik untuk kelab,” jelas bekas penjaga gol Ajax itu.

“Ada banyak perkara untuk diperkatak­an tetapi saya tidak akan menyatakan­nya di sini.

“Paling penting kini ialah kami terus bersatu. Kami di sini untuk memenangi AFCON. Saya meminta penyokong menyokong kami dalam masa senang dan susah.

“Saya seorang pemimpin, jadi saya mengakui bertanggun­gjawab dan sebab itu saya berada di sini. Saya tidak mahu pemain muda dikritik. Biar orang tegur saya, saya sudah biasa.”

Dia menjadi sasaran kemarahan peminat selepas skuadnya dihantar pulang dari Piala Dunia sebelum perlawanan terakhir kumpulan menentang Brazil, yang dimenangi Cameroon 1-0.

Erik ten Hag, jurulatih Onana di peringkat kelab, telah menyifatka­nnya sebagai “watak yang kuat”, dan dia perlu meyakinkan orang Cameroon bahawa dia ialah pengganti yang layak kepada bekas penjaga gol terkenal seperti Bell, Thomas Nkono dan Carlos Kameni. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERMASALAH: Onana (kanan) bersama rakan sepasukann­ya menjalani sesi latihan sebagai persiapan untuk Piala Negara-Negara Afrika 2024 di Ivory Coast.
— Gambar AFP BERMASALAH: Onana (kanan) bersama rakan sepasukann­ya menjalani sesi latihan sebagai persiapan untuk Piala Negara-Negara Afrika 2024 di Ivory Coast.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia