Utusan Borneo (Sarawak)

Tipu: Pengarah syarikat rugi RM120,000

Mangsa terperdaya scammer guna dokumen kerajaan untuk pembelian dalam talian

- Oleh Hamkar Sarbinee

Mangsa kemudian telah melakukan tiga transaksi pemindahan wang dalam talian keseluruha­n berjumlah lebih kurang RM120,000 ke satu akaun bank milik individu tidak dikenali.

KUCHING: Seorang pengarah sebuah syarikat di Bintulu mengalami kerugian RM120,000 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian barangan secara dalam talian.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, ia melibatkan seorang mangsa lelaki berusia 60-an dan kes dilaporkan pada 19 Januari.

Jelas Mancha, mangsa telah terima satu mesej melalui Whatsapp daripada individu tidak dikenali yang mendakwa dari sebuah jabatan kerajaan di Miri pada awal Januari lalu.

“Mesej yang dihantar suspek itu mengandung­i dokumen pesanan kerajaan Malaysia bagi mendapatka­n ‘polycarbon­ate natural anodized aluminium sliding window’ daripada syarikat mangsa bagi kerja-kerja menaik taraf sebuah pejabat jabatan kerajaan di Niah, Miri.

“Suspek menjelaska­n barangan tersebut mestilah jenama ‘Jeng Cheng’ dan hanya boleh dibeli dari satu pembekal yang terletak di bandar raya Miri sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mancha berkata, mangsa seterusnya menghubung­i nombor telefon diberikan suspek dan berurusan dengan seorang lelaki tidak dikenali yang mendakwa sebagai pembekal ‘polycarbon­ate’ jenama ‘Jeng Cheng’ untuk melakukan pembelian barangan tersebut.

“Mangsa kemudian telah melakukan tiga transaksi pemindahan wang dalam talian keseluruha­n berjumlah lebih kurang RM120,000 ke satu akaun bank milik individu tidak dikenali.

“Wang itu dipindahka­n pada pertengaha­n bulan Januari 2024 untuk pembelian ‘polycarbon­ate’,” katanya.

Mancha menambah, mangsa hanya menyedari ditipu setelah barangan yang dibeli dan pesanan kerajaan seperti yang dijanjikan suspek tidak diterima.

“Selain itu, mangsa turut mendapat pengesahan jabatan kerajaan terlibat dan dimaklumka­n tiada berurusan dengan beliau untuk kerjakerja menaik taraf pejabat,” ujarnya.

Menurutnya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis untuk siasatan selanjutny­a.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

Ia membawa hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dato Mancha Ata Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ?? ?? MANCHA
MANCHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia