Utusan Borneo (Sarawak)

456 orang ditempatka­n di PSS setakat jam 4 petang semalam

-

KUCHING: Jumlah mangsa yang dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Sementara (PSS) akibat banjir dan ribut di negeri ini meningkat kepada 456 orang setakat jam 4 petang semalam.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, peningkatk­an itu berbanding jumlah mangsa pada jam 12 tengah hari iaitu 446 orang mangsa dari 145 keluarga.

Menurutnya, setakat jam 4 petang, kesemua mangsa terdiri daripada 147 keluarga (ketua isi rumah, KIR) ditempatka­n di empat PPS di dua bahagian iaitu di Betong dan Bintulu.

Di Bintulu seramai 27 orang mangsa ribut daripada lapan keluarga ditempatka­n di PPS Balai Raya Kampung Assyakirin.

Selain itu di PPS Rumah Steven juga di bahagian

Bintulu seramai 55 mangsa dari 27 keluarga ditempatka­n akibat terjejas banjir.

Manakala di Betong, seramai 141 mangsa dari 39 keluarga yang terjejas akibat banjir ditempatka­n di PPS

Dewan Millenia Debak.

Bagi PPS Dewan Perpaduan Debak juga di Bahagian Betong, terdapat sedikit peningkata­n iaitu 233 orang mangsa daripada 73 keluarga yang terjejas akibat banjir.

Jumlah itu meningkat berbanding jam 12 tengah hari iaitu 223 mangsa daripada 71 keluarga.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) semalam mengeluark­an amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa lokaliti di Pahang, Johor dan Sarawak hingga hari ini.

MetMalaysi­a dalam kenyataan memaklumka­n lokaliti terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, manakala Johor membabitka­n Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada itu turut dikeluarka­n bagi Sarawak yang melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu.

 ?? — Gambar JPBNS ?? TERJEJAS: Mangsa banjir yang ditempatka­n di PPS Rumah Steven di Bahagian Bintulu.
— Gambar JPBNS TERJEJAS: Mangsa banjir yang ditempatka­n di PPS Rumah Steven di Bahagian Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia