Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat korporat digalak santuni golongan memerlukan

Ringankan beban, beri peluang kepada mereka untuk merasai keceriaan dan kemeriahan pada musim perayaan: Wee

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Syarikat korporat di negeri ini digalakkan untuk sentiasa tampil memberi sumbangan kepada golongan memerlukan terutama pada musim perayaan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, ia sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban serta memberi peluang kepada golongan berkenaan untuk merasai kemeriahan sambutan.

Sebagai contoh katanya, syarikat korporat seperti STM Lottery Sdn Bhd (Sports Toto Malaysia) sentiasa menyantuni golongan memerlukan dengan memberi sumbangan setiap kali menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

“Justeru, kita berterima kasih atas inisiatif murni yang dilakukan oleh Sports Toto Malaysia dalam membantu mereka yang memerlukan.

“Kita harap lebih banyak organisasi korporat di negeri ini mengikut jejak langkah syarikat ini memberi sumbangan dalam apa jua bentuk selain kewangan,” katanya.

Beliauberk­atademikia­npada majlis Penyerahan Sumbangan sempena Tahun Baharu Cina oleh Sports Toto Malaysia di Che Hia Khor Uplifting Society di sini, semalam.

Seramai 400 warga emas daripada keluarga kurang kemampuan sekitar Kuching menerima sumbangan angpau dan hamper sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, Wee menasihati masyarakat yang kurang berkemampu­an terutama daripada warga emas agar sentiasa sihat dan jaga kesihatan diri sepanjang masa.

“Tidak lama lagi kita akan menyambut Tahun Baharu Cina, jadi saya harap warga emas yang akan meraikan perayaan ini untuk menjaga kesihatan diri mereka dengan baik,” ujarnya

Sementara itu, menerusi

Kita harap lebih banyak organisasi korporat di negeri ini mengikut jejak langkah syarikat ini memberi sumbangan dalam apa jua bentuk selain kewangan.

Dato Wee Hong Seng Datuk Bandar MBKS

kenyataan media Sports Toto Malaysia berkata, Kempen Derma Angpau yang memasuki tahun ke-37 telah memberi manfaat kepada lebih 18,000 warga emas yang memerlukan di seluruh negara.

Menurutnya, kempen derma selama enam hari yang bermula 18 Januari akan diadakan di 50 bandar seluruh negara bagi memberi sumbangan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang memerlukan.

Katanya, Kuching merupakan salah satu daripada 50 lokasi yang dipilih untuk kempen sumbangan itu dengan objektif memberi peluang kepada golongan berkenaan menikmati kemeriahan perayaaan yang bakal tiba.

“Program ini merupakan tanggungja­wab sosial korporat kita (Sport Toto Malaysia) kepada masyarakat yang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

“Sehingga kini, kita telah menyumbang lebih RM25.6 juta yang memberi manfaat kepada lebih 455,000 warga emas di seluruh negara sejak penubuhan kempen sumbangan pada 1988,” katanya.

Selainsumb­anganperay­aan, Sports Toto Malaysia juga menyumbang sejumlah besar dana setiap tahun kepada Majlis Sukan Negara dan acara sukan yang dianjurkan oleh persatuan sukan tempatan untuk membantu pembanguna­n bakat sukan kebangsaan, projek membaca dan kempen pemulihara­an alam sekitar.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu ialah Penolong Pengurus Wilayah-Sarawak STM Lottery Sdn Bhd Henry Liew, Eksekutif Kanan Jualan Kawasan-Kuching A STM Lottery Sdn Bhd Helen Tan

Puay Cheng, Eksekutif Kanan (Operasi Jualan) STM Lottery Sdn Bhd Yen Huey Erl dan Eksekutif Jualan KawasanKuc­hing B STM Lottery Sdn Bhd Florence Loo Yi Yuh.

 ?? ?? TERIMALAH: Wee bersama (dari kiri) Henry, Helen dan Florence menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada salah seorang warga emas di Che Hia Khor Uplifting Society, semalam.
TERIMALAH: Wee bersama (dari kiri) Henry, Helen dan Florence menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada salah seorang warga emas di Che Hia Khor Uplifting Society, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia