Utusan Borneo (Sarawak)

STB sertai pameran MATKA 2024 di Finland, perkukuh rangkaian Nordic

-

KUCHING: Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) menyertai Pameran Nordic MATKA 2024 iaitu pameran industri pelanconga­n terbesar di Eropah Utara dan wilayah Baltik dari 18 hingga 22 Januari 2024 di Pameran dan Konvensyen Messukesku­s Helsinki di Finland.

Penyertaan STB pada MATKA 2024 adalah kerjasama dengan Tourism Malaysia (TM) untuk mengukuhka­n kehadiran Sarawak dalam pasaran Nordic .

Menurut kenyataan STB semalam, ia sebagai sebahagian daripada strategi pengembang­an lonjakanny­a apabila STB mendapat peluang untuk membina rangkaian yang lebih kukuh dengan bakal rakan industri pelanconga­n dari Finland dan negara berdekatan di rantau itu.

“Perkongsia­n STB dengan TM sejajar dengan usaha STB untuk mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi utama untuk pengembara Nordic yang mencari pengalaman sebenar Budaya, Pengembara­an, Alam Semula Jadi, Makanan dan Festival.

“Pada tahun 2023, Sarawak mencatatka­n kadar pertumbuha­n sebanyak 145 peratus dalam jumlah ketibaan pelawat dari wilayah Nordic berbanding tahun 2022.

“Dengan pendekatan pemasaran yang lebih inovatif dan berani pada tahun 2024 melalui strategi pengembang­annya, Sarawak berharap untuk melihat peningkata­n lagi dalam bilangan pengembara Nordic ke Sarawak,” katanya.

Buat julung kalinya, pengunjung ke reruai pameran Sarawak di MATKA 2024 dapat menikmati persembaha­n tarian kebudayaan dengan diiringi alat muzik etnik tradisiona­l seperti sape.

Demonstras­i seni kulit pokok juga akan mempamerka­n kekayaan warisan budaya, seni dan tradisi muzik Sarawak.

Pengunjung ke Sarawak dari seluruh dunia boleh mempunyai pilihan untuk mengalami gaya hidup asli Sarawak tempatan dengan tinggal di inap desa berasaskan komuniti atau menikmati landskap moden dan indah di bandar-bandarnya.

 ?? ?? TUMPUAN: Antara yang berkunjung ke reruai pameran STB sempena Pameran Nordic MATKA 2024 di Pameran dan Konvensyen Messukesku­s Helsinki di Finland.
TUMPUAN: Antara yang berkunjung ke reruai pameran STB sempena Pameran Nordic MATKA 2024 di Pameran dan Konvensyen Messukesku­s Helsinki di Finland.
 ?? ?? TERIMA KASIH: Dayang Maimunah (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman (empat kanan) disaksikan tetamu lain di Limbang semalam.
TERIMA KASIH: Dayang Maimunah (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Abdul Rahman (empat kanan) disaksikan tetamu lain di Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia