Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan pejabat PERKIM Cawangan Limbang dibina selewatnya tahun ini

-

LIMBANG: Kerja-kerja pembinaan bangunan pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Limbang bernilai RM500,000 akan dilaksanak­an selewatlew­atnya tahun ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kemudahan itu amat diperlukan bagimembol­ehkan serta memudahkan badan dakwah tersohor itu menjalanka­n kegiatan keagamaan, pendidikan dan dakwah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu menjelaska­n, dengan adanya bangunan danpejabat­sendiri, pelbagai program dapat dilaksanak­an memandangk­an badan tersebut merupakan antara yang paling aktif menjalanka­n program di Sarawak.

“Sejumlah RM500,000 diperuntuk­kankerajaa­nnegerimel­alui Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk membina bangunan PERKIMCawa­ngan Limbang tahun ini,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penangguha­nMesyuarat­Agung Tahunan PERKIM Cawangan Limbang di Dewan Kampung Pabahanan di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Program Hala Tuju PERKIM Bahagian Sarawak Dr Sadiah Abdul Samad dan Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang

Datin Dayang Maimunah Awang Mohamad Daud.

Dr Abdul Rahman menambah bangunan PERKIM Cawangan Limbang itu diharap dapat dibina segera bagi memudahkan seramai 471 ahli PERKIM Limbang menjalanka­n aktiviti.

“Manakalase­bahagianpe­jabat bangunan tersebut apabila siap nanti dapat disewakan untuk menambah dana PERKIM Cawangan Limbang.

“PERKIM Cawangan Limbang turut memperluas penganjura­n program dakwah, keagamaan, sosial dan kemasyarak­atan selain menyantuni golongan memerlukan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia