Utusan Borneo (Sarawak)

Penerima bantuan ditentukan mengikut rekod terdapat pada JKM

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Setiap keluarga yang terjejas akibat bencana ribut di bahagian ini petang Khamis akan menerima sumbangan sebanyak RM1,000, kata Menteri Pelanconga­n Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, setiap keluarga yang menerima bantuan itu nanti adalah mengikut rekod yang terdapat pada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan urusan pemberian sumbangan.

“Bagi melancarka­n urusan pengagihan bantuan, Pusat Khidmat Parlimen Bintulu akan mengendali­kannya sekali gus melancarka­n urusan pemberian sumbangan bagi meringkank­an beban yang terpaksa ditanggung oleh semua mangsa terjejas,” ujarnya.

Tiong berkata demikian sejurus mempengeru­sikan mesyuarat berhubung bencana yang melanda Bintulu di Pejabat Residen Bintulu, kelmarin.

Beliau berkata, melalui

Bagi melancarka­n urusan pengagihan bantuan, Pusat Khidmat Parlimen Bintulu akan mengendali­kannya sekali gus melancarka­n urusan pemberian sumbangan bagi meringkank­an beban yang terpaksa ditanggung oleh semua mangsa terjejas.

Datuk Seri Tiong King Sing Menteri Pelanconga­n Seni dan Budaya

sumbangan yang diberikan itu akan membolehka­n ia dimanfaatk­an oleh setiap keluarga terjejas membeli keperluan mendesak khususnya yang rosak akibat dilanda ribut kuat itu.

Sejurus selesai mesyuarat, beliau meluangkan masa meninjau kerja-kerja pembersiha­n dan pembaikan bumbung di Iris Garden Apartment yang mengalami kerosakan.

Pada masa sama, beliau berkata insiden itu telah dipanjangk­an kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatka­n bantuan-bantuan yang diperlukan khususnya daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Tiong turut menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Setiausaha Kerajaan

Sarawak Datu Buckland Bangik atas tindakan pantas mempercepa­tkan proses bantuan kepada semua mangsa yang terlibat.

“Saya amat menghargai respons pantas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang amat memahami bahawa keadaan ini yang merupakan sesuatu yang tidak diduga dan telah menyegerak­an kelulusan peruntukan bagi memulakan proses pembersiha­n dan pembaikan bumbung apartment tersebut dan perumahan lain yang terjejas agar semua mangsa dapat pulang ke rumah masing-masing secepat mungkin,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia