Utusan Borneo (Sarawak)

22 projek di bawah PMR dilulus bagi Parlimen Sarikei pada 2023

-

SARIKEI: Sebanyak 22 projek telah diluluskan di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi Parlimen Sarikei pada tahun 2023.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, PMR ini adalah di bawah kendalian Pejabat Pembanguna­n Negeri Sarawak.

“Pada tahun ini kita telah merancang untuk terus melancarka­n program ini, terutama untuk membantu penduduk yang kurang berkemampu­an.

“Melalui program ini, kita akan membekal bahan binaan seperti atap, paku, asbestos, batu bata, papan lapis dan lain-lain kepada masyarakat yang layak dengan matlamat untuk mereka meningkatk­an taraf hidup serta memastikan keselesaan tempat tinggal.

“Fokus utama program ini adalah penduduk yang tinggal di rumah-rumah panjang dan juga kawasan kampung,” kata Huang, kelmarin.

Sebagai persediaan awal terhadap program ini, satu sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Khidmat Parlimen Sarikei yang dianjurkan bersama dengan pihak Pejabat Pembanguna­n Negeri Sarawak.

Menurut Huang, melalui taklimat ini penjelasan dan perbincang­an berkaitan pelan pembanguna­n yang sama pada tahun ini telah dirancangk­an.

“Kini, proses untuk mengenal pasti dan pengagihan bantuan akan dilakukan berdasarka­n maklumat dan permohonan yang diterima daripada penduduk.

“Proses penilaian akan dilakukan dan ia akan disusuli pengagihan bantuan kepada pihak yang layak dan terpilih.

“Kita berharap usaha ini dapat membantu menaik taraf dan memberikan peruntukan kepada penduduk yang layak di kawasan Parlimen Sarikei ini nanti,” jelas Huang lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia