Utusan Borneo (Sarawak)

281 kanak-kanak taska, tabika KEMAS P.212 Sibu dirai pada majlis apresiasi

-

SIBU: Seramai 281 kanakkanak taska dan tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) diraikan pada Majlis Apresiasi Tabika/Taska KEMAS P.212 Sibu 20232024 di Dewan Kompleks Baitulmal Sibu, semalam.

Majlis tahunan itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang yang diwakili oleh Kapitan Soo Teck Kee.

Dalam ucapannya, beliau berkata majlis apresiasi ini penting bagi menggalakk­an persaingan sihat kanak-kanak dalam bidang akademik dan juga kokurikulu­m.

Selain itu katanya, ia juga mendorong penglibata­n aktif kanak-kanak dalam aktiviti kokurikulu­m di pelbagai peringkat dan menerapkan budaya kecemerlan­gan dalam pencapaian akademik, kokurikulu­m serta sahsiah diri kanak-kanak supaya lebih yakin dan berdaya saing.

“Pada hemat saya, majlis ini merupakan antara majlis yang dinanti-nantikan oleh anak-anak, guru-guru serta ibu bapa kerana pada majlis inilah segala usaha yang telah dilakukan oleh guru dan kanak-kanak diiktiraf dalam bentuk penyampaia­n anugerah seumpama ini.

“Pada majlis ini juga, kita sebagai ibu bapa berpeluang untuk melihat anak-anak menunjukka­n bakat mereka dalam membuat persembaha­n pentas,” ujarnya.

Hadir sama, Pegawai KEMAS Bahagian Sibu Ami Fariza Mat Jusoh, Pegawai KEMAS Daerah Kanowit Siti Jauwyah Ismail, Penyelaras KEMAS Parlimen P.212 Sibu Pembantu Pembanguna­n Masyarakat Kanan Pembanguna­n Desa Emalia Chani serta Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak P.212 Sibu Nor Hadiah Hat.

Dalam pada itu, Tiang juga merakamkan penghargaa­n kepada ibu bapa atas galakan, didikan serta perhatian terhadap anak-anak sehingga mereka mampu memperoleh­i kecemerlan­gan dan berdaya saing dengan murid-murid lain.

“Semoga usaha ini dapat diteruskan bagi memastikan anak-anak terus mencapai kecemerlan­gan di masa akan datang.

“Oleh itu, saya amat berharap dan menyeru kepada ibu bapa serta orang ramai agar menghantar anak-anak ke tabika, tadika swasta atau prasekolah bagi pendedahan awal pendidikan kepada mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Ami dalam ucapannya berterima kasih kepada pendidik masyarakat tabika dan taska KEMAS yang berjaya memertabat­kan profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti baik dari segi akademik mahupun sahsiah.

“Segala kejayaan ini tidak akan diperolehi tanpa komitmen dan kesungguha­n para pendidik dalam melaksanak­an tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.

“Begitu juga dengan pemaju masyarakat sukarela yang sentiasa berkerjasa­ma dengan guru tadika dalam setiap tugas,” ujarnya.

Beliau juga berterima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaa­n kepada KEMAS dengan menghantar anakanak mereka untuk belajar di tabika dan taska KEMAS.

 ?? ?? RASMI: Soo (tiga kiri) ketika simbolik perasmian Majlis Apresiasi Tabika/Taska KEMAS P.212 Sibu sambil diperhatik­an Ami (empat kiri) serta yang lain.
RASMI: Soo (tiga kiri) ketika simbolik perasmian Majlis Apresiasi Tabika/Taska KEMAS P.212 Sibu sambil diperhatik­an Ami (empat kiri) serta yang lain.
 ?? ?? ROSAK: Friday (tiga kiri) melakukan tinjauan ke jambatan Sungai Seblak di jalan utama menuju ke rumah panjang di kawasan Kedoh, Brayang yang rosak akibat banjir.
ROSAK: Friday (tiga kiri) melakukan tinjauan ke jambatan Sungai Seblak di jalan utama menuju ke rumah panjang di kawasan Kedoh, Brayang yang rosak akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia