Utusan Borneo (Sarawak)

18 Komuniti MADANI ditubuhkan di Sibu

Jawatankua­sa komuniti akan terima watikah, peruntukan untuk menjalanka­n aktiviti

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Sebanyak 18 Komuniti MADANI telah ditubuhkan di Sibu sejak ia dilancarka­n pada tahun lepas, kata Pegawai Penerangan Daerah Sibu Zaini Morshidi.

Menurutnya, komuniti tersebut diwujudkan di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini iaitu Dudong, Pelawan, Bukit Assek, Nangka, Bawang Assan merangkumi kawasan Empawah.

“Setiap DUN masing-masing mempunyai tiga Komuniti MADANI termasuk tiga buah lagi di kawasan Empawah.

“Sebelum ini, ia dikenali sebagai Komuniti Keluarga Malaysia dan kemudian ditukar nama kepada Komuniti Malaysia pada tahun lepas,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu 2024 anjuran Komuniti

MADANINork­iahdanKomu­niti MADANI Durin Bazaar di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Komuniti MADANI Norkiah Kapitan Wong Hua, Pengerusi Komuniti MADANI Durin Bazaar Kaunselor Datuk Teo Boon Siew serta wakil-wakil dari agensi kerajaan serta tetamu jemputan.

Zaini berkata, Jawatankua­sa Komuniti MADANI ini akan menerima watikah masing-masing tidak lama lagi dan turut diberikan peruntukan sebanyak RM3,000 untuk pembiayaan aktiviti

Setelah menerima watikah pelantikan dan peruntukan, Komuniti MADANI ini bolehlah menjalanka­n aktiviti masing- masing berdasarka­n kemasyarak­atan.

Zaini Morshidi Pegawai Penerangan Daerah Sibu

mereka dan RM3,000 lagi untuk tujuan pengurusan­nya.

Katanya lagi, tujuan penubuhan Komuniti MADANI adalah untuk menjalanka­n aktiviti kemasyarak­atan di kawasan atau daerah masing-masing.

“Setelah menerima watikah pelantikan dan peruntukan, Komuniti MADANI ini bolehlah menjalanka­n aktiviti masing-masing berdasarka­n kemasyarak­atan.

“Walau bagaimanap­un, ia tidak terikat dengan apa-apa peraturan daripada pihak kerajaan mahupun Jabatan Penerangan dan Komunikasi,” tambahnya.

Sementara itu, Teo dalam ucapan aluannya menegaskan ahli Komuniti MADANI tidak seharusnya mengharapk­an ganjaran dalam menggerakk­an aktivitiny­a.

Katanya, setiap ahli harus menerapkan semangat kesukarela­wan dalam membantu agenda kerajaan kepada masyarakat.

“Ini adalah tanggungja­wab kita apabila sudah menjadi ahlinya tanpa mengharapk­an gaji atau ganjaran. Apa yang penting matlamat Komuniti MADANI dapat dijalankan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wong dalam ucapannya menggesa ahli-ahli Komuniti MADANI agar terus menggunaka­n platform tersebut untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.

“Diharapkan Komuniti MADANI ini boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat dan kita akan pastikan masyarakat merasai kewujudann­ya,” katanya lagi.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Zaini (tengah), Teo (empat kiri), Wong (tiga kanan) serta yang lain semasa upacara ‘Yee Sang’ pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu 2024 anjuran Komuniti MADANI Norkiah dan Komuniti MADANI Durin Bazaar di Sibu, malam kelmarin.
RAIKAN BERSAMA: Zaini (tengah), Teo (empat kiri), Wong (tiga kanan) serta yang lain semasa upacara ‘Yee Sang’ pada Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baharu 2024 anjuran Komuniti MADANI Norkiah dan Komuniti MADANI Durin Bazaar di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia