Utusan Borneo (Sarawak)

Oscar cadang PBT diberi kuasa buat keputusan bagi perancanga­n bandar

-

SIBU: Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling mencadangk­an pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa membuat keputusan berhubung perancanga­n bandar kerana mereka lebih tahu atau memahami keadaan sesebuah bandar itu.

Bercakap kepada pemberita selepas Kempen Derma Ang Pow Tahun Baharu Cina Sports Toto di Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu semalam, beliau percaya ini boleh menjadi salah satu cara untuk menyelesai­kan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di Sibu.

Katanya, kesesakan lalu lintas yang berlaku itu disebabkan oleh kekurangan perancanga­n bandar.

“Di kawasan Ulu Sungai Merah misalnya, banyak perumahan yang diluluskan di kawasan Ulu Sungai Merah, namun kita tidak mempunyai jalan yang mencukupi untuk menghubung­kan kawasan itu dengan kawasan lain sekali gus menyebabka­n kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Saya rasa sudah tiba masanya kita meneliti semula isu ini sama ada bidang kuasa atau kuasa membuat keputusan mengenai perancanga­n bandar diberikan kepada majlis atau pihak berkuasa tempatan,” ujarnya.

Beliau berkata pada masa ini, perancanga­n bandar berada di bawah Lembaga Perancang Sarawak (SPA) dan semua kelulusan projek pembanguna­n perlu melalui kerajaan Sarawak.

Justeru katanya, selain menyelesai­kan isu-isu awam, pihak berkuasa tempatan atau majlis tempatan tidak mempunyai kuasa ke atas perancanga­n bandar.

“Dulu kita mahu kerajaan persekutua­n kena menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri, sekarang saya rasa kita mahu melihat kerajaan negeri menurunkan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan atau majlis tempatan.

“Pihak berkuasa tempatan lebih mengetahui isu dan situasi tempatan. Jika kita mahu membina jalan baharu di Sibu, saya rasa mereka lebih tahu di mana untuk membina dan mengurangk­an kesesakan lalu lintas di Sibu,” katanya sambil menambah kerajaan negeri mempunyai terlalu banyak kuasa dalam hal ini.

Menurut Ling, pada masa ini, beberapa jalan seperti Jalan Deshon, Jalan Ling Kai Cheng, Jalan Wong King Huo dan beberapa jalan lain sedang menghadapi masalah kesesakan lalu lintas.

Beliau percaya sebaik sahaja majlis tempatan mendapat kuasa, maka ia juga harus melihat kepada pilihan raya majlis tempatan.

“Itulah masanya untuk kita menghidupk­an semula pilihan raya pihak berkuasa tempatan kerana mereka semakin berkuasa. Lebih banyak kuasa bermakna lebih banyak bajet dan juga bermakna kita memerlukan lebih banyak akauntabil­iti,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia