Utusan Borneo (Sarawak)

Kenal pasti segera masalah di Kolam Renang Sarikei: Huang

-

SARIKEI: Ahli Parlimen Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii menggesa pihak pengurusan Kolam Renang Sarikei agar segera mengenal pasti masalah yang berlaku di kemudahan tersebut.

Katanya, langkah ini amat penting bagi memastikan kemudahan itu dapat beroperasi seperti biasa.

“Pihak kita bersedia untuk membantu dalam mengatasi masalah ini.

“Atas sebab itu, kita memohon pihak pengurusan Kolam Renang Sarikei untuk menyenarai­kan setiap masalah yang berlaku di kemudahan dan dibincangk­an bersama pihak kita untuk langkah penyelesai­annya.

“Jika masalah sudah dikenal pasti, tindakkan untuk kerjakerja penyelengg­ara perlu dilakukan dengan segera agar Kolam Renang Sarikei dapati beroperasi seperti biasa,” ujar Huang kepada media, kelmarin.

Terdahulu, Huang menghantar wakilnya yang diketuai oleh Kaptian Ling Dien Yong untuk bersama-sama pihak pengurusan Kolam Renang Sarikei yang diketuai oleh Penyelia Kolam Renang Sarikei Joseph Abik Sigat bagi mengadakan lawatan dan tinjauan ke kolam tersebut.

Menurut Huang, hasil pemantauan tersebut, pihaknya telah dimaklumka­n terdapat beberapa masalah yang menjejaska­n operasi di kolam terbabit.

“Antara masalah yang dikenal pasti daripada lawatan dan maklumat yang disampaika­n oleh pihak pengurusan Kolam Renang Sarikei ialah peralatan pam air telah uzur dan rosak.

“Masalah ini menyebabka­n kerja-kerja pembersiha­n dan penyelenga­raandikola­mterbabit terjejas dan jika tidak diatasi dengan segera, ia boleh membawa masalah kepada kesihatan awam dan pengunjung.

“Berikutan itu, usaha untuk menyelesai­kan masalah ini sedang kita usahakan dan kita berharap perkara ini dapat diatasi dengan segera dan kemudahan ini dapat beroperasi semula,” ujar Huang.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Penghulu Huang Tiong Kang, Kapitan Kong Shau Phan, Kapitan Ling Sien Chuong, Kapitan Law Pick Hung dan Kapitan Chieng Hei Chin.

 ?? ?? ANTARA ISU: Masalah pam air telah uzur dan rosak dikenali pasti sebagai punca utama Kolam Renang Sarikei tidak beroperasi.
ANTARA ISU: Masalah pam air telah uzur dan rosak dikenali pasti sebagai punca utama Kolam Renang Sarikei tidak beroperasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia