Utusan Borneo (Sarawak)

Hubungan Sarawak, Indonesia dipererat

Peningkata­n penerbanga­n Jakarta-Kuching akan turut permudah rentas sempadan

-

KUCHING: Peningkata­n kekerapan penerbanga­n antara Jakarta dan Kuching akan memudahkan lagi pergerakan rentas sempadan dan mengeratka­n hubungan antara Indonesia dan Sarawak, kata Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono.

Beliau berkata, penerbanga­n tambahan yang dikendalik­an oleh AirAsia Indonesia adalah peningkata­n daripada tiga penerbanga­n semasa setiap minggu kepada kekerapan penerbanga­n harian baharu akan bermula pada 8 Februari.

“Kami berharap penerbanga­n tambahan bukan sahaja mengehadka­n ke Jakarta tetapi diperluask­an ke destinasi lain di Kalimantan Barat, termasuk potensi pemulihan laluan antara Pontianak dan Kuching,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Perkhidmat­an Imigresen Ke-74 di premis konsulat di sini, semalam.

Raden melahirkan keyakinan bahawa lebih banyak penerbanga­n terus antara Indonesia dan Kuching akan diperkenal­kan sebaik sahaja ibu kota baharu Indonesia bernama Nusantara dipindahka­n ke Kalimantan Barat.

Kami berharap penerbanga­n tambahan bukan sahaja mengehadka­n ke Jakarta tetapi diperluask­an ke destinasi lain di Kalimantan Barat, termasuk potensi pemulihan laluan antara Pontianak dan Kuching.

Raden Sigit Witjaksono Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching

Beliau juga menekankan sebenarnya lebih dekat untuk rakyat Indonesia datang ke Sarawak berbanding dengan melancong ke Kuala Lumpur.

Menyentuh mengenai pelanconga­n perubatan, Raden menjangkak­an lebih ramai rakyat Indonesia akan melawat negeri ini untuk tujuan perubatan.

Katanya, ia sebaik sahaja ibu negara negara itu dipindahka­n dan pada masa sama, beliau menggalakk­an rakyat Sarawak mengembara ke pelbagai destinasi sempadan di Kalimantan Barat.

Lebih-lebih lagi, beliau berkata terdapat kesibukan pertukaran sosial, budaya dan ekonomi antara Indonesia dan Sarawak sejak beberapa tahun lalu, trend positif sejak kedua-dua Sarawak dan Indonesia berkongsi sempadan darat yang menjangkau kirakira 2,000 kilometer.

“Kami berharap akan ada lebih banyak kerjasama dalam eksport produk antara kerajaan Indonesia dan Sarawak untuk meneroka pasaran di luar Borneo. Bukan sahaja terhad kepada Indonesia, Sarawak, Brunei dan Sabah tetapi di luar seperti Asia Timur,” katanya.

Selain itu, Raden berkata pejabatnya kini memulakan inisiatif pendigital­an untuk memudahkan proses pembaharua­n pasport untuk warga Indonesia yang bekerja di negeri ini.

“Sebenarnya, inisiatif pendigital­an telah bermula sejak beberapa tahun lalu tetapi kami berhasrat untuk menambah baik lagi proses permohonan dalam talian.

“Ia akan memberikan perkhidmat­an yang lebih baik kepada warga kami dalam memperbaha­rui pasport mereka,” katanya sambil menjelaska­n pegawainya berada di peringkat akhir sepenuhnya menyediaka­n platform dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia