Utusan Borneo (Sarawak)

PEMILU: Pejabat Konsulat Jeneral sedia permudah proses pengundian

-

KUCHING: Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching bersedia untuk memudahkan proses pengundian 64,900 pengundi Indonesia yang berdaftar di Sarawak untuk Pilihan Raya Umum (PEMILU) bagi memilih Presiden, Naib Presiden Indonesia serta anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia pada 14 Februari depan.

Konsul Jeneral Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono berkata, selain Pejabat Konsulat Jeneral di Jalan Central Timur di sini, sebanyak 153 lagi pusat mengundi akan diwujudkan di seluruh Sarawak untuk rakyat Indonesia melaksanak­an hak mereka.

“Pegawai kami akan ditempatka­n di 153 pusat pengundian di seluruh daerah di Sarawak termasuk di Lawas,

Limbang, Miri, Bintulu dan Sibu,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Perkhidmat­an Imigresen Ke-74 yang dianjurkan di premis konsulat itu di sini, semalam.

Di Kuching, Raden berkata terdapat kira-kira 3,000 pengundi Indonesia berdaftar dan undi awal di Sarawak akan berlangsun­g pada 11 Februari memandangk­an ia jatuh pada hari Ahad.

“Sejak November lalu, pejabat kami telah berhubung dengan majlis tempatan, polis dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk memastikan kelancaran proses pengundian bagi pilihan raya akan datang,” katanya.

Sebaik sahaja semua peti undi dikumpul daripada 153 pusat mengundi di seluruh negeri, Raden berkata pengiraan undi akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di Sejingkat pada hari yang sama PEMILU pada 14 Februari.

“Kami mempunyai sasaran untuk mencapai 50 peratus kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi berdaftar di Sarawak dan kami berharap akan ada penyertaan yang kukuh daripada rakan-rakan Indonesia dalam pilihan raya ini,” katanya.

 ?? ?? SYABAS: Wong (dua kanan) menyampaik­an sijil anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang penerima di SMK Methodist, semalam.
SYABAS: Wong (dua kanan) menyampaik­an sijil anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang penerima di SMK Methodist, semalam.
 ?? ?? PERJELAS: Kakitangan dari Pusat Khidmat Rakyat menerangka­n kepada peniaga tentang PADU.
PERJELAS: Kakitangan dari Pusat Khidmat Rakyat menerangka­n kepada peniaga tentang PADU.
 ?? — Gambar Bernama ?? INTERAKSI: Raden beramah mesra dengan petugas media pada sambutan Hari Perkhidmat­an Imigresen ke-74 di Pejabat Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching, semalam.
— Gambar Bernama INTERAKSI: Raden beramah mesra dengan petugas media pada sambutan Hari Perkhidmat­an Imigresen ke-74 di Pejabat Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia