Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar SMK Methodist diingat tidak mudah puas hati dengan kejayaan

-

SIBU: Para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist diingatkan bahawa kejayaan hari ini bukanlah perhentian perjalanan pembelajar­an atau rasa puas hati.

Sebaliknya sijil, insentif dan anugerah yang diiktiraf merupakan pencetus motivasi atau landasan untuk terus berganjak, bergerak ke hadapan untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang.

Pengetua SMK Methodist Philip Ling Swee Nge berkata dalam bidang akademik, kejayaan bukan hanya mencermink­an kecerdasan intelektua­l, tetapi juga ketekunan, disiplin dan semangat untuk terus belajar.

“Semua ini merupakan nilainilai yang amat penting untuk membentuk asas kejayaan dalam kehidupan.

“Saya ingin mengingatk­an para pelajar bahawa kejayaan pada hari ini bukanlah perhentian perjalanan pembelajar­an atau rasa sudah puas hati.

“Sebaliknya,sijil,insentifda­n anugerah yang diktiraf pada pagi ini merupakan pencetus motivasi atau landasan untuk terus berganjak, bergerak ke hadapan untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam SPM dan STPM nanti.

“Agar keputusan cemerlang diperoleh itu menjadi kebanggaan kepada diri anda sendiri, ibu bapa dan guru-guru yang merestui ilmu yang telah dicurahkan,” ujarnya pada Majlis Penyampaia­n Sijil Anugerah Kecemerlan­ganSMKMeth­odist, semalam.

Dalam konteks pembentuka­n pelajar yang holistik dan seimbang, Ling berkata beliau tidak pernah mengabaika­n kecemerlan­gan murid dalam aktiviti kokurikulu­m seperti sukan dan permainan, badan beruniform, kelab dan persatuan serta khidmat bakti sebagai pemimpin kecil di sekolah.

“Penglibata­n dan kejayaan dalam aktiviti kokurikulu­m ini mencermink­an keupayaan pelajar untuk menguruska­n masa, bekerjasam­a dalam pasukandan­mengembang­kanbakat serta minat mereka.

“Dua tiga hari yang lepas, ramai dalam kalangan murid kita telah dipilih mewakili Zon Tengah dalam Sukan Sarawak (SUKSAR) III dan telah meraih kejayaan yang amat memberangs­angkan dalam hampir kesemua jenis sukan yang dipertandi­ngkan seperti bola keranjang, bola tampar, taekwando, tinju, silat dan hoki.

“Syabas dan tahniah kepada atlet-atlet kita yang bakal diasah untuk mewakili Sukan Malasyia (SUKMA) yang akan diadakandi­Sarawakpad­abulan Ogos ini,” ujarnya.

Ling berkata, SMK Methodist

merupakan gedung atlet kepada Majlis Sukan Negeri Sarawak dan juga di peringkat Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS) dan MSS Kebangsaan.

“Kejayaan ini sebenarnya amat sinonim dengan usaha guru-guru sebagai jurulatih sampingan dan juga kemudahan sukan yang sedia ada hasil usaha pihak lembaga pengurus sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Alumni, SCAC melalui peruntukan UNIFOR dan juga peruntukka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng.

“Semasa cuti sekolah yang lepas, kita telah naik taraf dua gelanggang bola keranjang dan yang akan datang adalah projek naik taraf padang bola sepak dan gelanggang tenis kepada gelanggang hoki dan futsal.

“Semua ini adalah atas keperluan agar para pelajar SMK Methodist memiliki premis latihan sukan yang selesa denganhara­pandapatme­lonjakkan prestasi dan pencapaian murid,” ujarnya.

Turut hadir Presiden Persidanga­n Tahunan Cina Sarawak (SCAC) Gereja Methodist Malaysia Rev Dr Lau Hui Ming, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah John Ting dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Wong Siew Meng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia