Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada laporan kes keracunan makanan sepanjang Bazar Ramadan 2023: MDL

-

LIMBANG: Tiada laporan kes keracunan makanan diterima Majlis Daerah Limbang (MDL) sepanjang pelaksanaa­n Bazar Ramadan tahun lalu.

Wali Kotanya Sufian Mohat berkata, hanya dua aduan diterima pihaknya berkaitan kes kebersihan dan kualiti makanan tidak memuaskan daripada orang awam melalui laman sosial Facebook.

Menurutnya, MDL sudah memberi amaran dan nasihat kepada peniaga-peniaga terbabit agar tidak mengulangi kesalahan sama bagi mengelak mereka dikenakan tindakan.

“Kita hanya menerima dua kes dan aduan berhubung kes kebersihan dan kualiti makanan tidak memuaskan sepanjang Bazar Ramadan tahun lalu.

“Kedua- dua aduan ini dikesan melalui laman sosial Facebook dan kita sudah mengenal pasti peniaga terbabit,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pelaksanaa­n

Bazar Ramadan 2024 di Pejabat MDL di sini, kelmarin.

Sufian berkata, MDL juga tidak menerima aduan kesalahan serius daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensiagen­si kerajaan berkaitan berhubung kesalahan dilakukan peniaga bazar itu.

Justeru katanya, tiada kompaun dikenakan kepada peniaga-peniaga terbabit sebaliknya hanya teguran kepada mereka yang tidak mementingk­an kebersihan serta kualiti makanan sepanjang Bazar Ramadan tahun lalu.

Sementara itu, seramai 173 peniaga bakal menyertai Bazar Ramadan tahun ini di kawasan Lot 777, Limbang sekali gus menyajikan pelbagai makanan dan minuman sebagai juadah berbuka puasa.

Selain Bazar Ramadan anjuran MDL, turut diadakan bazar ramadan kelolaan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) masing-masing berjaja di tepi jalan sekitar kawasan kampung di sini.

 ?? ?? SIDANG MEDIA: (Duduk, tiga kiri) Sufian selepas mesyuarat pelaksanaa­n Bazar Ramadan 2024 di pejabat MDL kelmarin.
SIDANG MEDIA: (Duduk, tiga kiri) Sufian selepas mesyuarat pelaksanaa­n Bazar Ramadan 2024 di pejabat MDL kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia