Utusan Borneo (Sarawak)

Berlumba di litar mempunyai risiko yang tinggi terlibat kemalangan

- Oleh Hamkar Sarbinee

KUCHING: Aktiviti motosikal berkuasa tinggi bersifat santai seperti yang dianjurkan pada hujung minggu atau semasa bercuti adalah lebih menggembir­akan berbanding dilakukan di litar permotoran.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sukan motosikal yang diadakan di litar motosikal mempunyai risiko yang tinggi terlibat kemalangan.

“Oleh sebab itu, kita tiada perancanga­n yang baharu (naik taraf dan bina litar lumba) dan kalau dapat, kita hendak melihat industri motosikal ini sebagai sukan.

“Namun, ia bukan dalam bentuk kelajuan, tetapi lebih kepada masa lapang kerana di Sarawak banyak tempat-tempat yang menarik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurn­akan Majlis Pembukaan Kedai Kawasaki Kuching di Jalan Petanak, semalam.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n itu menambah, pihaknya melihat bahawa sukan motosikal berkuasa tinggi khasnya di litar akan tertumpu kepada kelajuan.

“Saya juga minat dengan motosikal berkuasa tinggin namun sekiranya menyuruh lumba motosikal untuk kelajuan sahaja, ia tidak digalakkan,” jelasnya.

Bagaimanap­un katanya, ada bahagian yang digalakkan dalam aktiviti melibatkan motosikal berkuasa tinggi seperti menganjurk­an festival antara kelab motosikal.

“Ia sudah tentu dapat merapatkan hubungan silaturrah­im antara agama dan kaum.

“Dalam pada itu, sudah tentu usaha ini juga membawa kepada produk pelanconga­n di mana sebelum ini saya melihat ramai pengunjung yang hadir semasa festival melibatkan motosikal berkuasa tinggi ini dianjurkan,” katanya.

Sementara itu, mengenai peningkata­n kekerapan penerbanga­n dari Jakarta ke Kuching yang dikendalik­an oleh AirAsia Indonesia, Abdul Karim menyatakan penghargaa­n terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak penerbanga­n berkenaan.

Saya juga minat dengan motosikal berkuasa tinggin namun sekiranya menyuruh lumba motosikal untuk kelajuan sahaja, ia tidak digalakkan.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan

“Bermula 8 Februari, akan ada setiap hari penerbanga­n itu dan ini menunjukka­n sektor tersebut mendapat sambungan hangat,” katanya.

Selain itu, mengenai penerbanga­n melibatkan Sarawak ke seluruh Asia Tenggara, Abdul Karim memberitah­u kerajaan kini dalam proses rundingan untuk menambah kekerapan penerbanga­n tersebut.

“Ia bakal diumumkan dalam masa terdekat yang akan menjadi pemangkin terhadap sektor pelanconga­n negeri.

“Rundingan kali ini fokus kepada Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura,” jelasnya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Modenas Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Motor Yusaku Kashiwagi dan Pengarah Ghee Hua Co. Sdn Bhd Frankie Lau dan Kavin Lau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia