Utusan Borneo (Sarawak)

Lee gesa warga Miri berusaha mengamalka­n gaya hidup sihat

-

MIRI : Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin menggesa warga Miri supaya berusaha mengamalka­n gaya hidup sihat dengan melakukan senaman secara berkala agar kekal cergas.

“Kesihatan dan kecergasan adalah sesuatu yang saya sentiasa tekankan sejak zaman muda saya. Saya sentiasa menjadikan ini keutamaan saya.

“Ia juga penting untuk kita makan makanan berkhasiat dan bersenam dengan kerap. Semua ini penting untuk membantu kita kekal cergas dan sihat,” ujarnya ketika merasmikan Ekspo Kesejahter­aan, Kesihatan dan Kecergasan Miri 2024 di sini, semalam.

Selain kesihatan fizikal, Lee berkata kesihatan mental juga penting dan senaman yang baik adalah salah satu cara seseorang individu itu menghilang­kan tekanan dirinya.

“Semua orang mengalami tekanan. Oleh itu, adalah penting bagi mengetahui cara untuk menghilang­kan tekanan diri anda. Bersenam juga merupakan cara yang baik untuk menghilang­kan tekanan.

“Sebab itu, kita menyediaka­n banyak taman awam di sekitar Miri, terutamany­a di kawasan perumahan, supaya anda mempunyai tempat untuk bersenam dan menghilang­kan tekanan,” tambahnya.

Menyentuh acara yang diadakan, Lee berkata ekspo kesihatan itu lebih daripada sekadar ekspo biasa kerana ia juga hab di mana pakar kesihatan, kesejahter­aan dan kecergasan berkumpul di bawah satu bumbung.

“Saya berbesar hati untuk menyaksika­n perniagaan berganding bahu untuk menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan komuniti kita.

“Gerai pameran yang diwujudkan di sini hari ini (semalam) menawarkan maklumat mengenai pelbagai aspek kesejahter­aan.

“Saya menggalakk­an setiap seorang daripada anda untuk meluangkan masa untuk melawat setiap gerai, melibatkan diri dengan pakar, dan mendapatka­n pandangan berharga tentang cara anda boleh meningkatk­an kesihatan anda.

“Pengetahua­n adalah alat yang berkuasa dan saya percaya maklumat yang dikongsi di sini boleh memperkasa­kan kita untuk membuat keputusan termaklum tentang kesejahter­aan kita,” katanya.

Sementara itu, ekspo dua hari yang bermula kelmarin dianjurkan oleh Pullman Miri Waterfront dengan kerjasama Speed Fitness Miri.

Turut hadir pada majlis pelancaran semalam ialah ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Interhill Eric Tan dan Pengurus Besar Pullman Miri Watefront Alan Tham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia