Utusan Borneo (Sarawak)

Guru, pelajar SMK Sacred Heart disaran kuasai teknologi terkini

-

SIBU: Para guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sacred Heart digesa menguasai teknologi terkini dalam pembelajar­an supaya tidak ketinggala­n.

Naib Pengerusi Lembaga Pengurusan sekolah Tan Sri Clement Hii menegaskan teknologi masa kini memainkan peranan penting dalam membantu memudahkan urusan seharian manusia.

“Sama ada anda menjadi peguam, jurutera atau doktor dalam masa terdekat, semua orang perlu mempunyai pemahaman asas tentang teknologi, seperti pendigital­an, Big Data dan kecerdasan buatan (AI).

“Sementara itu, bagi guru, adalah penting untuk anda mengubah suai penyampaia­n anda untuk memenuhi perubahan zaman. Terdapat banyak lagi cara yang inovatif dan kreatif untuk membawa mesej tersebut ke dalam bilik darjah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Speech Day Tahunan Ke-20 2023/2024 di Dewan Centenary Sacred Heart Mill Hill De

La Salle di sini, semalam.

Hii juga mengingatk­an kedua-dua guru dan pelajar supaya tidak melupakan kepentinga­n komunikasi.

Sementara itu, Pengetua SMK Sacred Heart David Teo berkata, sekolah itu akan meneruskan visinya untuk menyediaka­n pelajarnya secara berterusan menghadapi dunia yang pesat berubah dengan memupuk pelajar yang berprestas­i maju, pemimpin global dan pelajar yang berdaya usaha.

“Sekolah kami mencapai keputusan peperiksaa­n SPM 2022 yang mengagumka­n, menunjukka­n kecemerlan­gan dalam pelbagai mata pelajaran. Ini merangkumi pencapaian cemerlang dalam mata pelajaran seperti Geografi, Grafik Komunikasi Teknikal dan Prinsip Akaun, di mana semua calon mencapai gred A,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 10 pelajar dan enam guru menerima Anugerah Pelajar Terbaik dan Anugerah Guru Terbaik dengan setiap penerima menerima hadiah RM1,000.

 ?? ?? TAHNIAH: Clement (lima kiri), Teo (empat kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama penerima anugerah.
TAHNIAH: Clement (lima kiri), Teo (empat kiri) serta yang lain merakamkan kenangan bersama penerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia