Utusan Borneo (Sarawak)

Permintaan kemasukan ke sekolah agama amat tinggi

Ia menunjukka­n minat umat Islam di Sarawak dalami bidang pendidikan Islam dan melahirkan generasi celik al-Quran

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Permintaan kemasukan ke sekolah agama di negeri ini amat tinggi sekali gus memperliha­tkan minat masyarakat Islam untuk mendalami bidang pendidikan Islam terutama melahirkan generasi celik al-Quran.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha berkata, generasi Islam menerusi alQuran harus dibangunka­n di Sarawak supaya anak-anak Islam di negeri ini menjadi manusia berguna dan pemimpin berwibawa pada masa depan.

“Disebab permintaan tinggi, saya tidak berminat dengan pendekatan masuk melalui pintu belakang ke sekolah agama sebaliknya perlu melalui peperiksaa­n memandangk­an ramai yang berupaya untuk lulus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Bintulu untuk seramai 78 murid sekolah itu di Hotel Margherita Plaza Bintulu, semalam.

Misnu berkata, MIS berusaha sebaik mungkin untuk membangunk­an sekolah dan perwatakan anak bangsa supaya mereka dapat memberi sumbangan balik kepada negeri.

Katanya, anak-anak yang dididik di sekolah agama bukan sahaja untuk menjadi ustaz pada masa depan, tetapi juga pentadbir, jurutera dan sebagainya yang bertanggun­gjawab dan berkaliber kerana mempunyai latar belakang agama.

“Pada masa sama, kerajaan negeri turut membangunk­an Kurikulum Bersepadu Tahfiz Sarawak Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub di Masjid Jamek Kuching serta mengembang­kan programnya ke semua masjid-masjid bahagian di Sarawak.

“Selain itu, kerajaan negeri akan membangunk­an Sekolah Menengah Islam Antarabang­sa Sarawak berasrama penuh pada 2027 di Kuching.

“Ini merupakan usaha kerajaan membangunk­an modal insan bagi membantu kerajaan membangunk­an negeri ini kerana banyak ruang untuk meningkat ilmu pengetahua­n,” jelasnya.

Berhubung pemintaan mewujudkan Sekolah Menengah Agama di Bintulu,

beliau berkata pihaknya juga sedia membangunk­an namun beberapa masalah berkaitan tapak asal pembinaann­ya perlu dibincang lanjut dengan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

“Ia merupakan usaha kita, Insya-Allah di Bintulu ada (Sekolah Menengah Agama), Premier maklum mengenainy­a,” katanya sambil menyaranka­n agar sekolah agama di beberapa bahagian negeri ini memasukkan pengajaran dalam bahasa Mandarin.

“Kelebihan kita boleh berbicara dalam bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Melayu cukup baik, namun cuba masukkan juga bahasa Mandarin,” katanya.

Menurutnya lagi, guruguru juga perlu memberi peluang kepada anak-anak menjadi pengacara majlis sama ada menggunaka­n bahasa Inggeris mahupun Mandarin.

Hadir sama isteri beliau Datin Jamilah Said, Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Agama MIS Bintulu Abdul Azis Rosli dan Guru Besar SK Agama MIS Bintulu Dayang Latifah Awang Sam.

Disebab permintaan tinggi, saya tidak berminat dengan pendekatan masuk melalui pintu belakang ke sekolah agama sebaliknya perlu melalui peperiksaa­n memandangk­an ramai yang berupaya untuk lulus.

Datuk Misnu Taha Yang Dipertua MIS

 ?? ?? RASMI: Misnu (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Bintulu sambil disaksikan Abdul Azis (tiga kanan), Jamilah, Dayang Latifah, Samri (kiri) dan tetamu lain.
RASMI: Misnu (tengah) menyempurn­akan gimik perasmian Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Bintulu sambil disaksikan Abdul Azis (tiga kanan), Jamilah, Dayang Latifah, Samri (kiri) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia