Utusan Borneo (Sarawak)

Pembesaran SK Agama MIS Bintulu disokong

-

BINTULU: Pembesaran Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) amat disokong bagi memenuhi permintaan kemasukan lebih ramai pelajar Islam ke sekolah itu.

Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili berkata, beliau menyokong permohonan agar sebuah lagi kelas dibuka di SK Agama, sekali gus memohon agar MIS melihat kesesuaian­nya.

“Pewujudan sekolah menengah agama baharu pula kita melihat sebagai tuntutan yang telah lama dibuat kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia, namun disebabkan ada kekangan ia tidak dapat direalisas­ikan,” katanya pada Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Kebangsaan (SK) Agama MIS Bintulu di sini, semalam.

Begitupun katanya, di Bintulu terdapat dua sekolah rendah agama swasta dan setiap tahun tidak kurang 100 pelajar Islam dari daerah Bintulu ditawarkan ke sekolah menengah agama sama ada di Miri, Kuching, Igan dan sebagainya.

“Sebab itu, tuntutan berhubung pewujudan sekolah menengah agama di sini amat penting untuk daerah Bintulu,” jelasnya.

Beliau turut memperkata­kan mengenai pelbagai kejayaan dicapai pelajar SK Agama MIS Bintulu dalam bidang kokurikulu­m sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa, manakala sembilan pelajarnya terlibat dalam pertukaran pelajar Yayasan Sarawak dan 10 pelajar lagi diterima masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Agama MIS Bintulu Abdul Azis Rosli berkata, seramai 78 murid khatam al-Quran sesi 2023-2024 pada majlis itu.

Katanya, program tahunan itu bagi meraikan anakanak khatam al-Quran serta sebagai penghargaa­n kepada mereka, sekali gus berharap penghayata­n al-Quran tidak terhenti serta dapat diteruskan sampai bila-bila.

Beliau turut menyatakan prestasi cemerlang sekolah itu serta kapasiti pelajarnya tidak mampu ditampung berikutan permintaan masyarakat setempat, justeru beliau berbesar hati sekiranya MIS mempertimb­ang untuk memperbesa­rkan sekolah itu.

“Kita turut berharap agar dipertimba­ng pembinaan sebuah sekolah menengah sains agama di bawah MIS untuk menjadi kesinambun­gan kepada SK Agama itu bagi menyahut wawasan Premier meningkatk­an kemahiran dalam bidang sains dan teknologi,” jelasnya.

 ?? ?? KHATAM AL-QURAN: Sebahagian murid yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran SK Agama MIS Bintulu, semalam.
KHATAM AL-QURAN: Sebahagian murid yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran SK Agama MIS Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia