Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Lions Batu Niah agih 150 peket bantuan makanan

-

MIRI: Sejumlah 150 peket bantuan makanan asas menerusi program ‘Chinese New Year Care & Love Food Aid 2024’ anjuran Kelab Lions Batu Niah bertujuan membantu golongan memerlukan.

Presidenny­a Andy Jong berkata, agihan bantuan terbabit akan dilaksanak­an secara berperingk­at bermula semalam kepada masyarakat yang memerlukan di kawasan Batu Niah, Bekenu dan Miri.

Menurut Jong, 100 peket daripada jumlah terbabit berupa beras dan makanan asas lain disediakan oleh Kelab Lions Batu Niah, manakala selebihnya adalah sumbangan Tong Seng Huat Rice Trading Sdn Bhd, Liansin Trading Sdn Bhd dan Pasar Raya Emart Riam.

“Untuk hari ini (semalam), dengan batuan daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Batu Niah, pihak kami telah mengagihka­n sejumlah 60 peket makanan di sekitar kawasan Batu Niah seperti warga emas, orang kelainan upaya (OKU), keluarga kurang berkemampu­an yang terdiri daripada ibu atau ayah tunggal yang turut terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Untuk agihan seterusnya sama ada akan dilaksanak­an pada hari Ahad atau berikutnya adalah untuk golongan memerlukan di Bekenu dan juga Miri,” ujarnya.

Katanya, program berkenaan merupakan antara aktiviti tahunan Kelab Lions Batu Niah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Ini juga sebahgian usaha pihak kami untuk memanfaatk­an sambutan perayaan tersebut bagi berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan tanpa mengira latarbelak­ang masing-masing,” jelasnya.

Tambah Jong, selain sempena sambutan Tahun Baharu Cina, program sedemikian juga selaras projek ‘Lions In Action Expedition 2024’ bertemakan ‘Make A World of Difference’ yang telah dilancarka­n oleh Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 dari 18 hingga 20 Januari 2024.

Sementara itu, Gabenor Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 Kapitan Ronny Hiew turut dijemput untuk sama-sama mengagihka­n bantuan kepada keluarga memerlukan.

Hiew menggesa kesemua kelab Lions yang ada untuk tampil bersama dan mengambil bahagian bagi menjayakan projek ‘Lions In Action Expedition 2024’ sepanjang tahun ini.

“Ini juga sebahagian usaha dan komitmen kita untuk memberikan kembali kepada masyarakat setempat sejajar dengan misi kita untuk menjadikan dunia adalah tempat yang baik didiami semua orang.

“Malah, melalui projek ini juga kita akan saling memberi peluang kepada ahli-ahli kelab untuk memberikan khidmat mereka kepada masyarakat selain memupuk serta menjalin ikatan sepasukan antara kesemua ahli kelab.

“Marilah kita bersama berkongsi imej positif yang diterapkan dalam Kelab Lions untuk mewujudkan semangat ‘Lionisme’ yang ada pada ahli agar mampu memberi impak yang sama kepada masyarakat,” tambahnya.

 ?? ?? BERKONGSI REZEKI: Hiew (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di Batu Niah menerusi program ‘Chinese New Year Care & Love Food Aid 2024’ anjuran Kelab Lions Batu Niah sambil disaksikan oleh Jong (dua kiri) serta yang lain semalam.
BERKONGSI REZEKI: Hiew (empat kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima di Batu Niah menerusi program ‘Chinese New Year Care & Love Food Aid 2024’ anjuran Kelab Lions Batu Niah sambil disaksikan oleh Jong (dua kiri) serta yang lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia