Utusan Borneo (Sarawak)

JKR cadang lantik pemaju ketiga baiki kerosakan kecil di Hospital Sri Aman II

-

SRI AMAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) bercadang melantik pemaju ketiga bagi kerja-kerja membaiki kerosakan kecil di Hospital Sri Aman II.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, pada masa ini hospital itu mengalami hampir 1,200 kerosakan sejak mula beroperasi pada Mei tahun lalu.

Ahli Parlimen Sibuti itu memberi jaminan, kerosakan itu tidak mengganggu pengoperas­ian hospital berkenaan.

“Ini bermakna, pihak hospital menerima pesakit seperti biasa kerana kerosakan berlaku adalah ringan melibatkan siling dan sistem perpaipan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Hospital Sri Aman II sempena Siri Jelajah Borneo II ke Fasiliti Kesihatan Sarawak di sini, kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie, Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor dan Pemangku Pengarah Hospital Sri Aman II Dr Sim Poh Ling.

Semasa lawatan itu, Lukanisman turut meninjau keadaan beberapa wad yang tidak dapat beroperasi dengan sepenuhnya kerana terdapat kerosakan siling disebabkan kelembapan.

Terdahulu, ketika lawatannya ke Klinik Kesihatan Sri Aman, Lukanisman berkata, sebanyak 39 klinik di seluruh Sarawak diluluskan dana melibatkan jumlah RM19 juta di bawah Insentif Bitara MADANI untuk pembaikan klinik daif.

Menurutnya, cadangan mewujudkan klinik kesihatan jenis tiga di Sri Aman juga akan diteliti di peringkat kerajaan persekutua­n bagi memenuhi keperluan semasa semakin meningkat.

“Di peringkat kementeria­n, kita meneliti segala cadangan itu memandangk­an keperluan semasa klinik terlibat semakin meningkat,” katanya.

Menurutnya, terdapat keperluan mewujudkan sekurang-kurangnya klinik kesihatan jenis tiga bagi menggantik­an klinik sedia ada.

“Kita melihat kepada kategori sekarang ini adalah jenis empat tetapi kehadiran pesakit harian adalah jenis tiga.

“Jadi, ini adalah satu keperluan memandangk­an kita sudah mempunyai hospital baharu dan keperluan meningkatk­an kualiti perkhidmat­an peringkat klinik kesihatan juga perlu,” jelas beliau.

 ?? ?? BANTU RAKYAT: Wong (lima kiri) menyerahka­n surat kelulusan pinjaman daripada HDC Sarawak kepada Tuai Rumah Monica di Sibu, semalam.
BANTU RAKYAT: Wong (lima kiri) menyerahka­n surat kelulusan pinjaman daripada HDC Sarawak kepada Tuai Rumah Monica di Sibu, semalam.
 ?? ?? LAWATAN: Lukanisman (duduk, tujuh kanan), Dayang Noorazah (duduk, enam kanan), Doris (duduk, enam kiri), Dr Sim (duduk, lima kiri) merakamkan kenangan bersama warga kerja Hospital Sri Aman II pada lawatan tersebut.
LAWATAN: Lukanisman (duduk, tujuh kanan), Dayang Noorazah (duduk, enam kanan), Doris (duduk, enam kiri), Dr Sim (duduk, lima kiri) merakamkan kenangan bersama warga kerja Hospital Sri Aman II pada lawatan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia