Utusan Borneo (Sarawak)

Selesaikan isu saliran, perparitan sebelum salur bantuan padi: Pesawah Sabah

- Oleh Arthur Edward

PESAWAH di jelapang padi di sini meminta supaya kerajaan menyelesai­kan isu sistem saliran dan perparitan di kawasan mereka sebelum menyalurka­n sebarang bantuan pemerkasaa­n penanaman padi.

Pesawah di jelapang padi seluas 7,000 hektar itu menyatakan masalah sistem saliran dan perparitan yang berlarutan sekian lama menyebabka­n kawasan berkenaan sering kali dilanda banjir manakala ketika di luar musim hujan, sawah menjadi kering kerana air tidak dapat disalurkan ke situ.

Seorang pesawah di Kampung Tampasuk 1 Johneysius Sinson, 41, berkata pada tahun ini dia berhasrat untuk menanam padi di sawahnya seluas 2.02 hektar di jelapang itu, namun bimbang tanaman berkenaan kelak rosak seperti sebelum ini disebabkan masalah itu.

“Sudah dua tahun saya tidak tanam padi kerana tanaman sebelum ini sering kali rosak akibat banjir. Kita penat bekerja tetapi akhirnya kita sendiri yang rugi.

“Sepatutnya padi boleh ditanam dua kali setahun, tetapi disebabkan cuaca yang tidak menentu… nak tanam sekali setahun pun susah, harap kerajaan dapat bantu untuk saya cuba tanam tahun ini,” katanya yang ditemui di sawahnya.

Johneysius berpendapa­t masalah banjir di jelapang padi itu dapat dikurangka­n sekiranya penyelengg­araan sungai dan sistem pengairan sawah dapat dilaksanak­an dengan baik, justeru kerajaan diharap dapat menyalurka­n bantuan untuk penyelengg­araan infrastruk­tur sawah terlebih dahulu.

Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu pada Selasa lepas dilaporkan berkata inisiatif ‘Gelombang Padi’ digerakkan tahun ini bagi mengangkat industri padi dan beras negara ke tahap lebih cekap dan berdaya tahan.

Selain memperkena­lkan dasar baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS), inisiatif itu turut meliputi memulih dan membangunk­an kawasan tanah jerlus, memperkasa­kan pembekalan input pertanian serta memperkasa­kan penanaman padi bukit dan padi huma di Sabah dan Sarawak dengan menyediaka­n peruntukan bagi pembekalan input pertanian.

Seorang lagi pesawah di Kampung Tampasuk 2, Main Gandilau, 63, berkata dia mengusahak­an sawah seluas 3.23 hektar di jelapang itu, namun setiap kali banjir melanda akibat kegagalan sistem saliran dan perparitan, padi ditanamnya rosak sekali gus menyebabka­n kerugian besar kepadanya.

“Bila banjir, hanya tiga ekar (1.21 hektar) kawasan tanaman dapat dituai dengan sempurna, memang rugi besar kerana satu ekar selalunya saya dapat tuai 2,500 kilogram padi. Bila tanam penuh (3.23 hektar) tetapi lima ekar kawasan tidak dapat dituai, saya rugi sampai 12,500 kilogram,” katanya.

Menurut Main, meskipun terdapat bantuan diberikan oleh kerajaan, namun ia tidak dapat mengatasi isu berkenaan dengan berkesan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Tambatuon Wolbote@Bott Saringan, 50, berkata sistem pengairan utama ke sawah di kampung berkenaan kerap kali rosak apabila berlaku banjir besar.

“Hal ini mengakibat­kan tanaman padi tidak ada sumber air hingga menyebabka­n tanaman rosak. Apabila sistem pengairan utama berkenaan rosak, penduduk kampung akan bergotong-royong melakukan pembaikian, namun kerosakan akan berulang setiap kali berlakunya banjir,” katanya.

Wolbote berharap kerajaan dapat menyalurka­n peruntukan untuk membina sistem saliran dan perparitan konkrit kerana ia tidak mudah rosak.

Beliau berkata Kampung Tambatuon mempunyai kawasan penanaman padi seluas 20.2 hektar dan merupakan satu-satunya pengeluar beras organik atau beras wangi keladi yang bernilai tinggi.

“Pada masa ini tanaman padi hanya dapat diusahakan sekali setahun, jika sistem pengairan diselesaik­an dengan baik sebelum memberikan apa-apa bantuan tanaman padi, saya percaya padi dapat ditanam dua kali setahun,” katanya.

Pada 2020 pesawah di jelapang padi Kota Belud kerugian kira-kira RM29 juta apabila hampir keseluruha­n kawasan tanaman seluas kira-kira 7,000 hektar itu terjejas teruk akibat banjir. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU BUAL: Johneysius (kiri) dan Main ketika ditemui di sawahnya, Kota Belud, semalam.
— Gambar Bernama TEMU BUAL: Johneysius (kiri) dan Main ketika ditemui di sawahnya, Kota Belud, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MASALAH SALIRAN: Pesawah di jelapang padi seluas 7,000 hektar itu menyatakan masalah sistem saliran dan perparitan yang berlarutan sekian lama menyebabka­n kawasan berkenaan sering kali dilanda banjir manakala ketika di luar musim hujan, sawah menjadi kering kerana air tidak dapat disalurkan ke situ di Kota Belud, semalam.
— Gambar Bernama MASALAH SALIRAN: Pesawah di jelapang padi seluas 7,000 hektar itu menyatakan masalah sistem saliran dan perparitan yang berlarutan sekian lama menyebabka­n kawasan berkenaan sering kali dilanda banjir manakala ketika di luar musim hujan, sawah menjadi kering kerana air tidak dapat disalurkan ke situ di Kota Belud, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DITEMUI: Fosil jenis Rugosa yang melekat pada batu-batuan ditemukan di sebuah kawasan berdekatan Kampung Changkat Tualang, Kampar, semalam.
— Gambar Bernama DITEMUI: Fosil jenis Rugosa yang melekat pada batu-batuan ditemukan di sebuah kawasan berdekatan Kampung Changkat Tualang, Kampar, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELBAGAI FOSIL: Fosil karang purba pelbagai spesies dianggarka­n berusia 300 juta tahun ditemukan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan kampung itu di Kampar, semalam.
— Gambar Bernama PELBAGAI FOSIL: Fosil karang purba pelbagai spesies dianggarka­n berusia 300 juta tahun ditemukan di sebuah kawasan seluas 6.9 hektar berdekatan kampung itu di Kampar, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia